Saturday, June 21, 2008

Stopover Island part 1

3X says" hhhmmm.... dah berapa banyak pulau kita dah collect dari tahun 2003 - Pinang, Kapas, Langkawi, Redang, Ubin(pun pulau jugak ye tak), Tioman dan yang terbaru Perhentian. Stopover Island omputih cakap. Gereeeek! jugak pulau ni.

8 June - Kita start drive dari 4am. By 5am kita dah kat Machap tunggu yang lain-lain untuk sampai. Bila semua dah sampai, kami teruskan perjalanan kita yang mengambil masa 12 jam untuk sampai ke Besut. Foooohhhh... 12 jam bayangkanlah, Wakdir dengan cucu-cucunya macam mana agaknya keadaan dalam kereta.

The last time I remember I drove for 12 hours, ialah bila first time pergi Pulau Pinang. Nak cakap penat drive tak pulak, penat duduk tu ada lah. Tapi pergi Penang, at least expressway straight aje, yang tak boleh tahan tol, kalau drive sebelah timur pulak, drive kena main potong-potong, tapi bagus nya tak payah keluar duit bayar tol.

Anyway sampai Besut, nasib baik ada resort (rm100), bagus jugak sebelah laut, Demong beach, sampai je aku sorang mandi lautnya. Lautnya jernih sekali, punya lah cantik dan bersih. I think the best beach I ever swim in the east side of Malaysia.

9 June - Kita pagi-pagi dah bertolak ke Jeti, untuk naik speedboat ke Pulau Perhentian Besar. Nasib baik bukan feri, kalau tidak anak-bini aku semua dah muntah. Actually sebelum sampai, otak ni asyik ingat Pulau Redang, hmmm... mintak-mintaklah macam Pulau Redang. So bila sampai, of course lain lah sikit, lain pulau lain permandangan ye tak.

Kedai-kedai dan tempat chalet kat Perhentian dekat dengan laut, macam kat Tioman. Anyway, aku tak sabar, sebelum checkin aku anak beranak dah terjun laut. Sekali ada puffer fish lah... kelakar ikan ni, bila dah kembung dia tak boleh buat apa-apa, so dia terapung aje kat atas laut, kena tunggu 'gas' dia habis.

Lepas makan tengah-hari, kita orang dibawa ke macam-macam tempat untuk snorkelling. Foooh puas betul, macam-macam tempat.

Nampak sharks, jelly fish, turtle... semuanya dekat-dekat, depan mata aje. Aku rasa aku yang nampak ni semua dulu, pasal aku yang selalu terjun dulu. Fooooh... kalau nak describe pasal marine life ni, rasa tulis tak guna. Bila snorkelling ni, ibarat macam kita tengah terbang, tengok permandangan luas kat bawah dasar laut, the feeling is very 'high'. Ada satu tempat snorkel ni, dia punya 'padang' coral punya luas, dan berwarna-warni, aku macam tak nak balik ke darat. Bila nampak jelly fish atau turtle tengah berenang depan mata, cantik betul.

10 June - Pagi-pagi kita selepas breakfast, kita dibawa ke Pulau Rawa, bersebelahan Pulau Susu Dara (pasal nampak macam payu dara...hehehe). Orang dulu-dulu ni apa-apa aje dia orang namakan pulau, Dayang Bunting lah, Susu Dara lah, Kentut lah.

to be continued.