Thursday, December 29, 2005

3100KM - Cuti-cuti Malaysia part 2

Saturday
Setelah kita bercuti dari ipoh ke melaka, keesokan hari-nya pula kita pagi-pagi berangkat lagi ke, this time kita ke tujuan kami ke Kuala Trengganu pula. Dari pukul 6pagi ke 6petang baru sampai Awang, Rantau Abang. Tapi alangkah terkejut dan terperanjat dan ternganga kita bila nampak Awang resort dibanjiri air sungai. Car park yang selalu kita park habis ditenggelami air. Dan lautnya pula bergelora-lora macam tsunami. Ketakutan kita semua tengok. Actually sepanjang jalan dari kuantan kita dah nampak banjir sana-sini dan dari sana pun dah nampak air laut macam gitu, tapi kerana kedegilan kita, kita menuju juga ke sana. Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada abang Awang, kita pun menetap kat bandar Kuala Trengganu. Kita duduk kat tengah-tengah bandar, tapi kat sana takde shopping centre yang happening. Tapi kita dapat beli beg sekolah juliana dan iman yang ada trolley cuma rm20 aje, dan kasut yang harga cuma rm4 aje.

Sunday
Keesokan harinya pula kita menetap kat Pantai Batu Burok resort (rm95), betul-betul tepi laut. Lautnya masih bergelora-lora lagi, dan menyeramkan, tapi resort-nya tak banjir. Alangkah terperanjat lagi kita bila nampak oil-tanker yang besar terhanyut dan tersadai di pantainya. Ni mesti kena pukul ombak sampai ke tepi pantai. Nasib baik kat resort tu ada swimming pool, so dapatlah juga mandi. Kawan-kawan kalau tengok laut mesti takut, betul-betul macam laut tu tengah marah, berombak-ombak...eiii seram.

Monday
Setelah penat mandi hujan kat Kuala Trengganu, lepas checkout kita menuju ke Kuala Lumpur, untuk menetap di Brisdale Hotel. Di tengah lebuhraya pantai timur kuantan, kita terjumpa Samad (adik oja) dan pak Andak-nya. Mereka pun baru balik dari Kuantan jugak. Not badlah si Samad tu, dia baru beli kereta Proton Waja. Anyway kita sampai KL nak dekat pukul 5pm, mak-oi nak cari hotel tu macam nak cari emas, susah betul... pusing-pusing nak dekat sejam baru jumpa. Bilik hotel tu besar jugak, 2 queen size bed, dan view-nya mengadap menara KL dan KLCC, very nice view.

Tuesday
Hari ini ingat macam nak balik, tapi (knowing we all) kita tak balik jugak, dan kita extend lagi sehari. So kita pergi Batu Caves, pada sebelah tengah-hari. Tingginya tangga ke atas, Juliana dan Iman naik sampai atas, tak penat pulak tu, bapak dia tercunggap-cunggap macam nak mampus. Bau kat dalam gua tu stoinglah! tak tahu bau apa... stoing rabak boleh pengsan. Kat atas banyak kelawar dan monyet.
Minggu lepas naik tangga gua tempurrung, ni pulak naik tangga batu caves... makoi! penat rabak kaki lutut-peha!!! tapi takpo satisfying dapat tengok tempat yang tak selalu kita nampak.
Lepas batu caves, kita cari makan, sampai sesat kemana pun tak tahu, park ajelah kereta dan makan tengahhari. Balik hotelpergi swimming kat indoor swimming pool hotel sedap sikit dapat rileks.

Wednesday
Setelah 3100km kita mengembara satu malaysia dari Ipoh-Bukit Tinggi- Melaka-sg-Kuala Trengganu-Kuantan-KL kita akhirnya pulang ke Singapore dengan rasa kepuasan dan kepenatan yang sangat puas...puas ke? rasa macam tak puas aje... macam nak jalan lagi...hehehe

No comments: