Thursday, June 22, 2006

One big horny family go vacation East Malaysia

Cuti di East Malaysia

Setelah berapa bulan kita menunggu untuk meng-holiday tibalah masanya yang ditunggu-tunggu. Abang Atid tidur rumah kita pada hari Jumaat, tapi dia tak dapat mandi dan berak kat rumah kami, pasal lampu toilet masih rosak dan jamban masih tak boleh flush. Makan pun takde kat rumah kita, kesian dia....

17 June -
Kami berangkat pagi dan sarapan di Danga Bay, cuma ada satu kedai aje. Selepas tu kita menunggu lagi 2 rombongan kereta di Mersing... foooh tunggu macam buah iman tak jatuh, 2 jam dok menunggu, rupa2nya dia orang kena jam kat checkpoint. Dari Mersing kita 3 kereta menuju ke Kuantan. Sampai kat sana Wakdir lead pulak untuk cari makan, tapi macam "off-road" driving sikit, biasalah tu sesat sikit. Tengah jalan ke Rantau Abang, ada kereta polis kurang asam yang main2 dengan kita, dahlah aku trauma dengan saman, dia main-main pulak dgn aku. Tak beranilah nak potong, kang tak pasal-pasal kena rm150.

Abang Atid ni kan dia kuat makanlah, dari start holiday sampai balik, asyik beli makanan aje. Pagi dah nasi lemak, lepas tu keropok 2 packet, lepas tu burger, dan malam pulak dah makan nasi, dia beli 3 burger lagi.

Sampai kat Awang, macam biasalah tempat tu sunyi dan nyaman, dan dinner kita makan kat tepi pantai Dungun. Malam tengah tidur pulak hujan lebat, sampai blackout. Yan terpekik-pekau "BLACKOUT! BLACKOUT! ATIQA!" dia boleh mintak tolong kat Atiqa pulak hehehe.

18 June - Kita berangkat ke jeti Marang pada pukul 11 pagi, ada overshot sikit tapi jumpa juga tempat jeti tu. Tunggu Engku tu pun macam tunggu buah iman tak jatuh, lambat sampai. Abg Kadir cakap rupa macam adik Siti tapi tak lansung, tipah tertipu. Naik bot ok jugaklah tak mabuk sangat pasal laju.

Sampai di sana, rupa2nya ada "Historical Site" (aka kubur) di sebelah chalet... apa nak buat dah sampai. Kita orang check-in lepas tu rileks sampai dinner, lauknya sotong pedas dan ikan. Lepas dinner kita ada program Chandat Sotong.

Chandat Sotong
Kita naik bot pukul 8:30 petang. Actually activity ni ada dua bahagian. Satu kumpulan - Abg Atid, Wakdir, Yan, Bapak dan Herman tangkap sotong, lagi satu kumpulan - Yati, Atiqa, Iskandar, Iman dan 3x buang sotong (aka Muntah). Mula-mula ok, tapi lepas 1 jam tak ok lansung. Yati yang start dulu, lepas tu Atiqa, kemudian Iskandar... Aku pulak stuck in between Yati dan Iskandar, daripada ok jadi tak ok.. semua isi perut keluar. Yang irritating si Yati, "Bilang Abg Kadirlah balik"... "Abg kadir nak balik!!!"... hang macam malas nak layan, orang semua seronok fishing dia sibuk nak balik. Tapi yang tak boleh lupakan untuk selama-lamanya muka Atiqa dan Iskandar. Atiqa dia boleh buat expression nak muntah tapi lepas tu dia senyum pulak...hehehe. Juara kuat sound effect muntah paling kuat ialah Iskandar - rasa satu pulau kapas boleh dengar dia "UWEEEEEKKK!!!!". Sotong banyak di tangkap orang lain, seronok nampak dia orang tangkap, bapak pun nampak enjoy habis.... tapi tak boleh join, anak-bini buat kacau.

Snorkelling
19 June - Hari ni kita berkobar-kobar sikit pasal nak pergi snorkelling. Yati dia bawak bekal limau nipis pasal takut muntah. Semua ready dengan jacket dan goggle, dan bapak pun strip ke speedo biru, pergi snorkelling sama, jauh tau dia swim, tapi backstroke aje, pasal mata tapi boleh kena air. Abang Atid pulak dekat aje dia swim, pasal dia cakap takut nampak macam gua... ade ke? Snorkelling syioklah for me, this is one of the most interesting activity since the cave expidition last year.

Pada sebelah petang pula kita pergi Island tour, naik bot, tengok belakang pulau, tengok2 jugak tapi takde dinosaur keluar. Tengah2 jalan dia stop untuk tunjuk kita marine fish, dan kita kasi makan roti, very nice.Malam time pulak kita makan barbeque, sotong yang ditangkap semalam. Tak termakan pasal banyak sangat.

20 June - Pagi selepas sarapan kita jalan-jalan ke chalet sebelah island - Makcik Gemok chalet. Haii apasallah panggil diri sendiri gemok... kita tengok kat situ lagi murah, dari duduk resort kita, next time bolehlah duduk situ pulak.

Selepas balik ke jeti, kita bermalam di Kuantan, Mega View Hotel rm155, very nice hotel. Dinner pulak Wakdir belanja the whole family makan ikan bakar, sambut Father's day - "TERIMAKASIH CIKGU!"...

21 June - Abg Atid dan Bapak pun pulang menaiki bas dan selapas tu Wakdir family pun berangkat ke PD, tinggallah kita sefamily. Selepas checkout kita ke Tasik Kenyir, Trengganu. Fooyoh bagus lah tempat ni, sungguh tengah-tengah hutan tapi tak menyeramkan sangat. Harga semalam rm160 di Tasik Kenyir Lake View resort. Perjalanan ke sana sungguh ke-ulu sangat, straight aje.

22 June - Pulang dari Tasik Kenyir, kita menginap di Pantai Batu Buruk Terengganu rm 105. Ni sekarang kita kat cybercfafe Pantai Ketapang selepas dinner kat tepi laut. Tengah-hari tadi kita pergi Museum Trengganu, foooh happeninglah tempat ni, carnival macam-macam, dan besok pulak Mawi dan Marsha datang kat situ, so kita pun nak ke sana lagi....

to be continued - cybercafe ni nak tutup pulak....

No comments: