Sunday, March 25, 2007

Short holiday during school holiday

http://www.eyeonmalaysia.com.my/
Iman says "Pada minggu lepas, bila cuti sekolah, kita orang pergi KL, dengan keluarga bibik, wakdir dan kak yan. Kita stay kat Flamingo Hotel, KL. Semasa disana kita dapat pergi naik Eye on Malaysia. Ia-nya terletak di Tasik Titiwangsa. Bila kita orang sampai kat Tasik tu, aneh-nya tempat tu ramai betul pengunjung, sungguhpun hari Khamis, bukan hari cuti awam, tapi rasanya macam hujung minggu atau public holiday. Ramai betul orang kat situ, happening betul! Line nak naik Eye on Malaysia tu sentiasa aje panjang, tapi tak lama sangatlah kita tunggu. Tingginya 60 meter, dan setiap cabin ada aircon. Bila kita naik, ia berpusing 4 kali."

Nadhirah says "Bila kita naik Eye tu, rasanya macam naik lift aje, takdelah rasa mengilu atau ngeri. Actually kita orang takde apa-apa, cuma mama aje terpekik-pekau pasal abah goyang-goyangkan cabin tu. Tapi mama ni, orang angkat kaki dia pekik, orang angkat tangan pun dia pekik. Actually bila kat atas sekali tu, ada jugaklah rasa ngeri sikit aje...hehehe. Permandangannya indah juga, bila nampak kawasan-kawasan KL yang bermandikan lampu-lampu."
Juliana says "Kat Hotel Flamingo tu kita orang mandi-mandi kat swimming pool, dan kat situ pun ada mini-tasik, dan di tengah-tengahnya ada beberapa burung Flamingo tinggal kat situ. Kita orang pusing satu tasik tu, tapi banyak sangat nyamuk. Kita orang berenang kat swimming pool hotel tu, seronok main-main dengan sufi, hatim, kak syira, haziq dan batrisyah. Selepas check-out kita cadang nak pergi WTC KL, tapi pasal jam, kita orang semua berpecah, dan bila kita sampai, road dan carpark WTC tu kena block dengan polis, so kita orang tak dapat masuk. Abah pun give up dengan jam kat KL tu, asyik jam aje tak habis-habis. Kita terus ke Jalan Bintang, tempat ramai orang Arab. Sepanjang jalan tu asyik jam aje, Abah tak boleh tahan."

Yati says "Long story short, kita tinggalkan KL, dan masuk Karak highway menuju ke Kuantan. Perjalanan mengambil about 4 jam untuk sampai ke Kuantan. Memang kita tak plan untuk ke Kuantan hari tu, tapi pasal si 3X ni dah give up sangat dengan KL, dia pun nak "balik kampung" dia. Selagi butt-crack dia takde pasir, pada dia bukan holiday, dia cakap. Itupun dia nak terus ke Trengganu, tapi pasal bila sampai kuantan dah pukul 6 petang, dia terpaksa stop kat Kuantan."

3X says "Yes, no sand in my butt-crack, no go back singapore. Esoknya kita pergi Cherating untuk duduk mini-motel, tapi nasib baik penuh. Kenapa cakap nasib baik? Well ada excuse untuk pergi Awang, so dengan pantas hang drive terus ke Rantau Abang, yang mengambil masa about 2 jam. Sampai kat Awang, nasib baik kita dapat bilik no.1. That's our favourite room, betul-betul sebelah laut. Bila kita duduk kat situ mengadap laut, dengan angin yang kencang menghembus kat muka, dan permandangan laut kat depan.... fooooyooohhhh I am home! Lepas ni toksah cerita lagi apa-apa lah, mandi kat laut all the way."

No comments: