Asyik-asyik, pompuan rambut panjang, mata merah dan ada taring. Lepas tu boleh terbang, tapi yang kelakar bila dia kejar slow pulak tu, dan kengkadang, yang hang tak faham ni... kenapa mesti merangkak kat lantai... kan kotor.
Anyway, teringat hang minggu lepas, malam jumaat... ada orang ketuk kat pintu. Hang ingat ada orang jual keropok, so perut pun dah lapar, hang bukak pintu. Bila bukak, terperanjat kodok seh, ada pompuan tua rambut panjang, dengan keadaan kotor sekali, dan berbau busuk. Kepala dia tunduk, so hang tanya, "Makcik cari apa?"... dia tak jawab... tanya 3 kali, dia pun cakap "Makcik nak tumpang bilik air, boleh tak? Makcik sesat baru sampai dari semberang."... Hang pun fikir dua kali, tapi tak sampai hati nak cakap tak boleh, takut dia terburai depan pintu, dah jadi satu kerja pulak.
"Oklah, makcik, bolehlah pakai tapi cepat sikit ye, pasal saya sorang kat rumah, anak bini balik Ayer Hitam." Hang bukak pintu, kasi dia masuk, dengan perlahan dia menuju ke dapur. Fooooh bau pekong beb, lantai jadi hitam pasal tapak kaki dia. Lepas nak dekat satu jam dia kat dalam toilet, senyap pulak tu... hang pun risaulah, apasal lama sangat dan senyap pulak tu.
Hang ketuk pintu dua tiga kali, "Makcik buat apa? Lamanya?"... senyap je... hang ketuk lagi "Makcik, ok tak?"... senyap jugak, kali ketiga hang ketuk, pintu terbukak sendiri, dan kat depan pintu, seorang perempuan yang berdiri dengan bau yang sedap sekali... bajunya putih sekali, dan sungguh suci baunya.... Hang macam dah nak pengsan nampak dia macam gitu... hang pun tanya "Eh! Siapa awak? Apa dah jadi ni?"....
Perempuan itu, mengeluarkan sesuatu dari tangannya dan berkata
"GUNALAH Sabun Zaitun tanpa was-was..."
khahahhahahahahahahahaha!
No comments:
Post a Comment