Kami berangkat pada pagi 6 December dengan belum ditentukan arah tujuan. (susahlah cakap melayu, cakap omputih pulak lah) - Well, after entering Johor, I decided to service the car which has not been serviced for half a year. We stop by Gelang Patah and just picked one of the workshop, which charges just rm62 for it. That took half-an-hour and we start our journey via the North-South highway.
Then something happened along the way.... jeng-jeng-jeng!!!
After Ayer hitam, along the Melaka stretched of road, the car started to make some noise. Clink! Clank! And also the gas pedal was knocking! and the steering wheel was veering on its own! I had to stop the car at one of the perhentian, and made a decision to enter the next exit along the way. We entered Pagoh, and look for any mechanic shop along the road. It took quite some time and I found one kampung style and just entered their compund.
Bengkel ni memang betul-betul old school, tapi jangan ingat mechanic tu semua takde skill, gua respect dengan dia orang punya experience. Tak payah describe problem, dia orang dah tahu apa dah jadi. Anyway kena tukar drive shafts untuk kiri dan kanan, cost rm100x2 = rm200, original parts dan untuk labour rm20 aje. Kira Ok lah murah, kat SG tanya apek mechanic kat Eunos, dia mintak SGD150 untuk 1 side, kalau dua side dah times 2 = SGD300, itu pun recond punya dan belum masuk labour - tak payahlah!
Tapi satunya nak kena tunggu parts nya sampai dari Marang, alahai berjam-jam, nak dekat 2 jam lebih tunggu, kita orang dok kat bus stop pasal bengkel tu takde sofa atau tempat menuggu.
Lepas repair, kita pun continue drive keluar tol masuk NS highway, dengan kereta dah power, dah service, dah repair, takde kelentang! kelentong! bunya lagi, drive pun dah smooth. Ingat nak drive terus KL, tapi tak kesampaianlah, budak-budak dah penat so kita masuk Seremban, nampak hotel yang pertama lepas tol, terus masuk. Harga rm70 oklah murah, ada 2 katil besar, aircon, semua standard dan bersih.
Malam-nya bukan kita orang terus tidur, pergi merayap satu Seremban pulak, actually tujuan untuk cari money changer. Cari merata bandar, dan sampai kat Seremban Plaza, nasib baik ada money changer. Tapi bila nak balik hotel, sesat rabak, pasal jalan pergi tak macam jalan balik. Kita orang bila sesat, dah malas nak panic, pasal dah selalu sangat. Tanya orang insyaallah jumpa tempatnya.
Keesokan hari-nya, pagi kami sarapan kat kedai mamak sebelah hotel. Wow! ni roti chanai paling sedap kita orang pernah rasa. Tengok kat gambar tu - ada sambal, ada dua macam kari! Foooh takde fightlah kat mana-mana di SG.
Lepas sarapan, kita rileks sekejap kat hotel, tapi tak lama, Aan talipon mengatakan dia orang (Wakdir family, JJ family, Yan family) dah nak dekat sampai Seremban dan akan terus menuju ke Sungai Perak perhentian dan akan bertemu di sana. Kami pun dengan pantas check-out, start enjin dan teruskan perjalanan.
Tengah-harinya, kami semua bertemu di Sungai Perak untuk makan tengah-hari dan selepas tu konvoi kami semua terus ke Taiping. Check-in kat Taiping Seri Malaysia dan dengan pantas kami masuk swimming pool, dapatlah mandi-manda semua, menyegarkan badan.
(tak boleh lupa, bila Herman masuk swimming pool kecik dengan Batrishah, lepas tu nampak @%#!!!, dia boleh tenung sebentar, dan lepas tu dengan pantas cabut!...hehehe).
So petangnya kami pergi Bukit Latar, Museum Perak dan malam-nya kita masuk Taiping Zoo Night Safari.
Anak-anak di Bukit Larut dan pocong di Museum Perak
Taiping Zoo takde gambar, pasal malam tak nampak.
Keesokan harinya semua terus drive ke utara menuju Kuala Kedah untuk bertemu konvoi kedua, Abg Atid family, Kaklong/Fuad dan Herman/Odah family yang menaiki bas ekspress dari semalam malam dari Larkin.
Ok this part punya cerita di Langkawi, korang tengok ajelah kat DVD nanti, sekarang tengah post production. Videos semua telah dikumpul, Herman videos, Abg Atid handphone videos dan gambar2 semua. Nanti kalau cerita dah tak surprise pulak. Hopefully kat Bukom boleh tengok ramai-ramai.
So cut long story short, hari penghabisan di Langkawi, farewell to konvoi bas ekspress, konvoi kereta pulak menuju ke Alor Setar. Sampai di sana semua dah kepenatan so tak merayap sangatlah, makan malam kat stadium lepas tu makan durian kat pasar malam, dan balik hotel tidur...
Keesokan hari kita ke Pasar... (lupa pulak namanya)... dan menziarahi pergi rumah Mahathir, atau rumah yang dia dilahirkan (apa broken malay yang aku cakap ni)... rumah kelahiran Dr.Mahathir.
Selepas ni Wakdir family berpisah dengan kami berangkat pulang, sementara JJ family dengan kami menuju ke Cameron Highlands, menerusi jalan Simpang Pulai, yang tak banyak sangat seluk-beluk macam kat Tapah. Anyway kita sampai ke atas dalam pukul 4 petang, jauh jugak dong! Dalam perjalanan ke atas, ada lebah besar masuk dalam kereta kita, terpekik pekau budak-budak kat belakang macam nak roboh, terpaksa stop kereta tepi jalan dan bukak pintu untuk lebah tu terbang keluar. Kelakar seram!
to be continued...
No comments:
Post a Comment