Thursday, December 21, 2006
Best Vacation in Malaysia part 2
Kami semua memang steam kodok kat Cameron Highlands, permandangan dan udara sejuk memang kami minati. Kami paling favourite drive kat tea plantations, dan minum teh kat factory-nya. Kami pergi kedua-dua Bharat dan Boh plantations, dan untuk pengetahuan, Boh Plantation factory sekarang dah powerlah! Besar dan ada cafenya berada dipenghujung gunung, so nampak clear view of the tea mountains!.
Perjalanan balik dari Cameron Highlands, kami mengunakan Gua Musang expressway. Drive kat situ mesti skill sikit, pasal jalan-nya bukan long and winding road macam kat Pulai atau Tapah. Jalan-nya straight menjunam kebawah, dan kalau tak jaga kereta, boleh laju je sampai ke tembuk. Lagi satu, perjalanan very-very sunyi, takde kereta lansung. Boleh racing, boleh bogel takde orang tahu, pasal takde orang drive kat situ. Perjalanan ke Kuala Krai mengambil masa 2 jam. Kami melintasi Kelantan - Permaisuri hingga ke Kuala Trengganu.
Kepenatan memandu tak payahlah tanya... dari 9 pagi ke 5 petang (2 hari tangan tak boleh straight). Setiba di Kuala Trengganu, kami terus ke Pantai Batu Buruk, dan menginap di Suria Beach Resort, harga rm69 aje. Bilik 2 katil, bersih dan ada swimming pool besar. Kami duduk di sini untuk 2 hari, untuk menunggu pasar malam Pantai batu buruk, tiap hari jumaat aje, dan juga dapat jugak sembahyang jumaat di Masjid Siti Zahara yang "terapung atas air".
Makanan kat pasar malam tu memanglah TERsangatlah murah - burger rm1 - ayam rm1 - mee/nasi rm1 - bak kata semua singgit aje (atau orang KT kat 1 riyal). Kita makan puas-puas di atas pasir pantai bersama orang di sana. Happening tempat ni, tapi ingat cuma hari Jumaat aje.
Sempat kita stop by kat Awang beach resort, di Rantau Abang tempat favourite kami, tapi kita tak berani duduk sini pada musim tengkujuh ni, pasal laut bergelora dan parking lot jadi sungai. Lihatlah gambar, ingat tak tahun lepas kita ambik gambar kat entrance situ, tengok apa dah jadi pada bulan sekarang.
Setelah 2 hari di KT, kami pun turun ke Cherating Kuantan. Penginapan favourite kami of course kat Mini Motel rm50. Kami suka tempat ni pasal motelnya betul-betul sebelah laut. Dan lautnya paling best untuk mandi, bersih dan luas sekali. Toksah cakaplah, pagi siang malam mandi kat laut situ.
Pada 18 Disember kami pun berangkat pulang ke SG, melalui Kuantan - Berserah - Chukai - Mersing - Kota Tinggi. About 6 jam drive pulang. Di tengah perjalanan, kami kena ribut di daerah Kuantan, subhanallah, ribut betul, memang betul-betul ribut. Pokok kelapa menunduk ke bawah, angin kuat sangat, ada kereta terbabas ke tepian longkang. Bak kata tak nampak kat windscreen, putih aje kena air hujan. Tapi I rilek aje, sambil drive 120kmph dan boleh makan sekali dengan satu tangan. Nak panic pun dah tak guna, dah penat - drive aje tawakal.
Malam hari kami selamat tiba di bawah block, dengan masih dibasahi hujan. Juliana, Iman dan Nadhirah semua muka murung, bukan pasal penat, tapi mereka nak continue jalan lagi. Bayangkan dah jalan satu Malaysia, pergi pulau, masuk sungai, naik gunung, drive berjam-jam mereka still nak lagi. Bila tanya "Nak jalan lagi tak?", mereka semua bersemangat menjawab "Yeah nak jalan lagi!", walaupun masih dalam kereta belum naik atas lagi.
Alhamdullilah, syukur kepada Allah kerana melindungi kami semasa menjelajah satu Malaysia. Kami bersyukur dapat melihat dan experience keindahan alam di Malaysia ini. Satunya bila kami mengembara, kami takde beli satu pun cenderahati, takde shopping lansung, duit semua pergi kat petrol, makan dan hotel. So dengan berbekalkan SGD1000 cukuplah untuk kami lima beranak pergi seluruh Malaysia untuk 2 minggu...
well cuti masa ada lagi... masih boleh jalan lagi ni....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment