3X says "Lepas dari Hospital, kita rileks kat Teluk Cempedak. Dalam pukul 5pm gitu, kita balik ke Ayer Hitam, rasa macam takde mood pulak nak overnight kat Kuantan. So balik Ayer Hitam lagi 4 jam, jalan Segamat... fooh punyalah gelap, tapi kita dah expect pasal dah nak dekat 4 kali kita lalui road tu. Drive kat Yong Peng gelap gelita, tapi takdelah entiti ape-ape. Syok jugak macam adventure gitu, hutan kiri-kanan, takde lampu, cari-cari jugak entiti tapi tak jumpa jugak"
Juliana says "Besoknya, hari Rabu kita ke Gunung Lambak pulak, untuk mandi kat Water Park-nya. Kita ke sana pukul 2pm, senang aje nak cari tempat tu. Ikut aje sign ke Kota Tinggi dari Kluang. Tempatnya macam baru lagi, dan lawa, cuma Water Park-nya actually swimming pool besar, tapi ada 2 slide kecik... tu aje. Ingatkan macam Water Theme Park yang besar. Masuk kanak2 rm$2 dan adults rm$4. Ok jugaklah kita orang mandi, orang takde, kita je anak beranak."
Iman says "Sebelum kita mandi, kita pergi check-out chalet-nya. Rumah-rumah-nya kat atas bukit...ok jugaklah for rm$60. Ada suspension bridge, umi terpekik-pekau bila abah kacau dia naik bridge tu...hehehe. Anyway satu hari kita nak jugak duduk kat situ, nampak macam peaceful aje. Amacam kawan-kawan nak duduk sana?"
Nadhirah says "Wah penatlah badan... jalan jauh dari malam isnin ke pagi khamis, baru sampai. Kita sampai pukul 12pm tadi dan Kak Juliana terus ke sekolah dan Abah terus pergi kerja. Jalan jauh-juah kita semua seronok dapat tengok permandangan. ok bye kita nak ..zzzz..."
No comments:
Post a Comment