Yati says " Kami mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Abah/Ayang yang tersayang, dengan ucapan "Rock Maintain Selalu!" Allah Selamatkan Kamu! Allah Selamatkan Kamu!
3X says "2005-1971 = 34 tahun... lah ingatkan 32, bila pakai calculator baru tahu rupa-rupanya 34 tahun. Rasa macam dah tua tapi rasa 34 macam masih umur setengah jagung.. agaknya lah tu. Anyway setelah 34 tahun hidup kat dunia ni, hang rasa macam dah bermacam-macam hang tempuh... susah selalu, senang pun banyak.. menyusahkan orang pun selalu, menyenangkan orang pun banyak... sakitkan hati orang pun selalu, senangkan hati orang pun banyak... gitulah kehidupan... hitam dan putih... merah dan hijau.. api dan air... sejuk dan panas. Yang penting kena "Rock Maintain"... tak boleh terbawak-bawak. Bila satu hari kita senang, automatik satu hari kita akan susah, dan bila susah nanti senang balik... Insya'allah.
Selama hang hidup ni, yang paling hang bersyukur dan the "greatest gift" hang dapat ialah... tuhan jodohkan hang dengan "orang perak" tu. Dialah Powerpuff girl dan Power Ranger... pasal dialah yang menguatkan semangat hang bila dalam kesusahan dan dialah penghibur hati dalam kesenangan. Tiap-tiap hari bila hang pergi kerja, dan bila balik kerja, mesti dia senyum kat pintu. Bila balik rumah dah fed-up kat kerja ke apa, muka hang selalu masam dan pecah seribu, tapi dia tetap senyum aje kat pintu, selalunya hang tak senyum balik, tapi dia tak kisah dia senyum jugak, hujung mulut boleh cecah hujung mata.
Lagi satu hadiah paling best selama hang hidup ni, ialah 3 "ekor" budak-budak tu. Dia orang ni tiap-tiap hari kalau tak sakitkan hati aku, memang tak sah... tapi macam mana geram pun, sayangkan kat dia orang lebih dari sayang diri sendiri. Apa nak jadi dengan hang... jadilah, asalkan dia orang tu happy selalu. Kadang-kadang tengok dia orang boleh jadi sedih rabak... misalnya bila tengok Nadhirah naik tangga dengan badan dia yang kecik, terbongkok-bongkok panjat tangga, rasa macam nak nangis tengok dia... atau bila tengok Iman main atau ketawa happy sangat, hang macam sedih gitu tengok... atau bila tengok Juliana sibuk nah belajar dan dah pandai baca buku... rasa macam sedih jugak. Sedih ke happy hang pun tak tahu.
Anyway sempena hari jadi hang ni, hang ada compile gambar-gambar hang dari kecik. Bila cari gambar kat album, mesti ber"partner" dengan Mai, maklumlah "kembar" tahun 1971, tapi dia tua 2 bulan. So clicklah gambar kat bawah tu untuk membawa kembali ke alam 70-han.
No comments:
Post a Comment