Juliana says "Hari ni kita ponteng sekolah, pasal abah masih cuti dan umi pulak "mengidam" nak mandi air terjun, so pagi-pagi lagi kita pergi Kota Tinggi Waterfall. Sampai sana ingat orang tak ramai pasal hari isnin, sekali ramai-nya orang."
Nadhirah says "Kita kan terberak kat air terjunlah. Kita pun tak sedar bila kita terberak. Abah cebuk kita lepas tu seluar kita dia buang kat tepi tebing... hehehe... Abang Iman yang ajar kitalah berak dalam air."
Iman says "Aiiksss, bila masa Iman ajar dia berak dalam air, dia yang tak malu...ceh!!! Tadi kan kengkawan, kita tengah duduk sekali ada dragonfly besar hinggap kat kaki kita, kita pun terpekik-pekau, lepas tu dia hinggap kat Juliana pulak, umi lari dulu, abah ketawakan kita... eeeiiikkss gelinya dragon fly tu!"
Yati says "Kita duduk kat air terjun dari 11pagi sampai 4petang, saje aje nak duduk-duduk kat air sejuk, hari-hari panaslah so asyik terbayang-bayang berendam kat air-terjun... sedapnya berendam macam badak sumbu."
3X says "Actually kalau Lata Iskandar Waterfall tu dekat, dah pergi ke sana, so terpaksalah cari air-terjun yang paling dekat. Sejuk air terjun Kota Tinggi dengan Lata Iskandar lain rasanya. Memang dua-duanya sejuk, tapi kalau kat Lata Iskandar, bila mandi rasa macam air-con... very refreshing. Anyway nampak si Iman terperanjat dengan dragonfly is the most funniest thing I have ever seen in my life. Of all people dia hinggap dengan si penakut tu, gamat budak tu!!! khahaha!"
No comments:
Post a Comment