Tuesday, November 29, 2005

Blogvidz of hari rayas

Iman says "Hi kengkawan semua, sorrylah dah lama tak update, abah dia sibuk rabak kat kerja dan pulak tu cable modem kat rumah pun dah kapooot, so... untuk ganti balik hari yang terlepas tak update, ada 3 videos disediakan kat sini. Semuanya video raya, kat singapore dan kat johor.






















(click kat button Play untuk view video)

Nadhirah says "Rumah-rumah kat singapore yang kita pergi, rumah Kak Mai (open house), abg uji/rina, rumah cik tim, wak sah, mak long, mak minah, kak odah dan lain-lain. Yang kat Johor pulak kita rumah Kak Aini, Kak Mun (rumah yang ada ikan keli tu, dia pelihara kat belakang rumah dia, banyak sekali, dia orang tunggu besar baru makan), Kak Ijah dan rumah Wak Harun. "

Friday, November 11, 2005

Jalan Raya no.1










(click kat button Play untuk view video)

Iman says "yo! yo! yo! Kita ketemu lagi, kali ini video Raya kita kat Singapore. Balik dari Ayer Hitam, dari checkpoint kita terus ke rumah Busu kat Bukit Panjang. Kita sampai on right time. Kat sana ada Wak Atid, Abg Ajan, Abg Faiz, Busu, Kak Wani, Kak Atiq dan Mak Minah tengah goreng ikan kat dapur. Kat meja pulak dah terhidang makanan Mee Siam goreng dan lauk pauk. Abah pun apa lagi, as usual, salam semua orang lepas tu terus duduk meja makan. Belum sempat orang pelawa makan, dia dah ngap pun."

Nadhirah says "Lepas tu Kak Mai sekeluarga pulak sampai, Wak Long pun ada jugak. Lepas dia orang makan kita ramai-ramai convoi ke rumah Munirah kat Bukit Panjang. Wak Atid, Mak Minah, Kak Wani dan Kak Atiq tumpang kereta kita, yang lain-lain pulak naik kereta Kak Mai. Kita pusing-pusing kat Bukit Panjang pasal sesat nak cari Jalan Jelapang. Wak Atid kelakar, dia bilang abah rumah Kak Munirah sebelah kiri, tapi dia suruh abah masuk jalan kanan... hehehe, Abah pun turnlah masuk jalan kanan, pergi flat orang yang takde kena-mengena...hehehe"

Juliana says "Kak Munirah hidangkan kita Sup Tulang (dia masak sendiri)... Wow! tak sangkalah.. Power seh sup tulang dia! Abah pun apa lagi, happylah dia! Abah pun sampai sekarang tengah obsessed dengan Ilham, dia geram tengok anak kak munirah tu. Kat rumah Abang Dali dia tidur atas badan Abah, sedap agaknya pasal banyak fats..hehehe. Agaknya abah ni terkilan nak anak boy lagi satu."

Yati says "hah! Abah kau terkilan nak lagi satu! Wait long-longlah ye! Anyway, dari bukit panjang, kita terus ke Woodlands, raya kat rumah Kak Cik pulak. Kak Cik hari tu busy habis, sampai ayam goreng kat kuali separuh masak, pasal orang ramai datang. Bila kita sampai, rumah dia dah penuh dengan sedara dia, lepas tu kita orang pulak datang lagi takde space. Lepas tu kita pergi rumah Dali/Yanti pulak. Dia order Canadian Pizza, sampai 2 kali order. Kesian dia orang tu terperanjat agaknya bila kita serang rumah dia, sampai kelang kambut dibuatnya."

3X says "Bila semua dah kenyang, kita ajak dia orang datang rumah kita pulak. Tapi siang-siang kita dah warning, rumah kita takde makanan, maklumlah kita baru aje sampai tengah hari tadi, dari checkpoint terus jalan raya, so macam-mana nak siap ape-ape. Kesian dia orang datang, duduk sekejap je dah balik, agaknya takut nak terkucil atau nak terberak, maklumlah toilet kita pun rosak... hehehe. Bila semua dah selesai, kita hantar Munirah, Ilham, Yani, Iya, Kak Idah, Wani dan Atiq balik rumah mereka, dan Kak Long dan Mai pergi Yishun rumah ???? (dia cakap sedara tapi wa tak kenal)."

...jalan raya cerita to be continued...

Monday, November 07, 2005

Raya Balik Kampung










(click kat button Play untuk view video)

Iman says "Selamat Hari Raya kepada semua umat islam di Singapura dan Malaysia. Kita orang minggu lepas 2 hari sebelum raya kita orang balik kampung Wan dan Aki di Ayer Hitam, Johor. Kita raya kat sanalah sekali. Wan masak ketupat dan nasi tomato untuk pagi raya, pukul 4 pagi umi dan wan dah start masak. Tapikan abah dia tak favourite sangat nasi tomato, pasal dia tak suka tomato...hehehe"

Nadhirah says "Malam raya kita main bunga api dengan sepupu-sepupu kita. Kat sana rumah ayer hitam lapang, so kita lari-larilah sampai penat. Raya kedua kita pergi Parit Raja, jalan raya ke rumah sedara-mara. Jauh meredam nak masuk kampung dari main road."

Juliana says "Aki selepas operation jantung dia tahun lepas dah bertambah sihat, dia pun dah setahun berhenti merokok. Cuma dia tak boleh penat sangat, so dia tidur ajelah selalu. Raya kat sana tak sekecoh raya kat sini, pasal kat sana sedara jauh-jauh sangat kat Perak."

....cerita raya to be continued.