Tuesday, November 10, 2009

Mengidam Berendam dan Tempat Paling Eeeeriee

4X says "Kerana kerinduan nak berendam sangat, last sunday kami pergi Air Terjun Kota Tinggi. Actually ada lagi satu air terjun dekat rumah kami, Kulai, tapi tempat tu tak happening lansung. Actually dah banyak air terjun kita dah pergi, dari Kuantan, Terengganu, Pahang, Gunung Ledang, KL... in my opinion, Air Terjun Kota Tinggi paling best dan mudah pergi (2nd best Lata Iskandar - Cameron Highlands). Puteri pun berendam lama kat air sejuk segar. Air Terjun Kota Tinggi ni jadi macam mini Water Theme park jugak tau, ada slide-slide dan boleh sewa water tube.

Lepas tu kita pergi pantai Desaru ... macam dah lama tak duduk kat pantai sejak pindah sini. Boleh cakap pantai Desaru ni ada standard jugaklah, luas dan air pun jernih jugak... tak payah pergi Terengganu kalau nak air jernih. Tapi sini ombak kuat jugak, tapi boleh lah mandi kat tepi-tepi. Cantik, Luas dan Bersih pantai ni.

On the way nak balik, kita orang pass by Johor Kota Lama. Tempat tu sungguh mengerikan, pasal banyak nya kubur. Ada muzeum menceritakan kisah Johor Lama.

Kota Johor Lama pernah menjadi kubu kuat kerajaan Johor Lama. Ia juga pernah menjadi medan perang antara penduduk Melayu setempat dan pihak penjajah ketika itu. Kota ini sebenarnya dibina pada 1540, sewaktu zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah II (1528-1564). Kota ini adalah benteng pertahanan terbaik di sepanjang Sungai Johor. Setelah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka pada 1511, Sungai Johor menjadi pusat pemerintahan dan kubu pertahanan untuk menghadapi musuh Portugis di Melaka.

Tempat tu ooooooh super scary tapi cantik, pasal kampungnya betul-betul tepi laut. Bila nak masuk kampung johor lama tu, road satu lane dalam hutan-hutan dan kubur banyak sekali, kiri kanan depan belakang banyak kubur. Tempat paling eeerie sekali, kita dah jalan satu malaysia, ini tempat paling mengerikan. Orang-orang kat sana agaknya dah biasa, tak tahulah nak bayangkan kalau masa malam, macam mana agaknya rasanya....

Friday, November 06, 2009

Whazzz uppppp dude...

4X says "Aiyoh... manyak sangat kerja loh... kepala pening loh... sampai blog ni pun dah berlapuk, sebulan tak update. Bila nak update pulak gambar kat camera ni pulak tak boleh upload, cucuk USB aje, PC ni akan restart, so gambar raya, orang datang, orang kahwin, semua stuck kat camera... so ni update sikit...

Interview diri sendiri (nilah soalan yang biasa orang tanya kita):

So apa perasaan anda sudah tinggal kat JB dah nak dekat 4 bulan?
Oh seronok sekali, kadang-kadang tu rasa macam tak nak pergi kerja, tak nak keluar rumah... hanya nak duduk rumah aje. Sayang sangat nak tinggal kan rumah."

Bagus sangat ke tinggal kat sana?
Oh memang bagus, pada pendapat saya, udara kat sini, terutama pagi-pagi macam lain sikit. Rasa macam clear, kalau kat di sg udara macam sesak sikit, pasal banyak sangat flat so blocking angin agaknya.

Selalu pergi mana kat sana?
Kita ni sekarang suka pergi Pontian, makan tepi laut, dalam 20 minit dari rumah kita. Lepas tu biasalah, beli barang kat Jusco, Angsana, Giant, Tesco... tempat-tempat yang dulu kita selalu pergi pada hujung minggu, tapi sekarang boleh pergi tiap-tiap hari. Cuma sini takde pantai yang dekat rumah kita, so kalau nak mandi kena pergi air-terjun Kulai, atau Kota Tinggi. Lagi satu kita orang ni hobby suka cari Show House, mana-mana jumpa aje kita masuk. Kalau nak rilek kan otak, boleh bersantai kat Puteri Harbour, duduk tengok boat. Kalau bab makan tu, tak payah cakap, tengok kira-kanan, mana-mana aje kedai makan(halal).

Apa yang korang miss kat SG?
Oh banyak benda kita rindu... ERP, Multi Storey Car Park, Lift, Bil Air/Electric mahal, New Water, seksa cari kedai makan halal... dan macam-macam lagi.. hehe.. ok seriously, pantai yang dekat-dekat dan swimming pool merata-rata.

Kalau di JB pulak, apa yang tak bagus sangat?
Lack of sense of urgency... hehe...

Tapi kawan saya tinggal JB, di Condo Datin Halimah lain pulak pengalaman dia, dia kata jalan raya selalu sesak, ada peragut banyak... ?
Lah kawan awak tu duduk kat dekat Larkin, daerah sana memang sesak sikit so pengalaman dia mestilah lain daripada kami. Kat mana-mana negeri pun, ada daerah yang 'hot' dan ada daerah yang 'cold', sama macam kalau kita tinggal kat Geylang tak sama macam kalau kita tinggal kat Orchard kan.

kalau ada apa-apa lagi soalan, tujukan kat tag board...