4X says "Kerana kerinduan nak berendam sangat, last sunday kami pergi Air Terjun Kota Tinggi. Actually ada lagi satu air terjun dekat rumah kami, Kulai, tapi tempat tu tak happening lansung. Actually dah banyak air terjun kita dah pergi, dari Kuantan, Terengganu, Pahang, Gunung Ledang, KL... in my opinion, Air Terjun Kota Tinggi paling best dan mudah pergi (2nd best Lata Iskandar - Cameron Highlands). Puteri pun berendam lama kat air sejuk segar. Air Terjun Kota Tinggi ni jadi macam mini Water Theme park jugak tau, ada slide-slide dan boleh sewa water tube.
Lepas tu kita pergi pantai Desaru ... macam dah lama tak duduk kat pantai sejak pindah sini. Boleh cakap pantai Desaru ni ada standard jugaklah, luas dan air pun jernih jugak... tak payah pergi Terengganu kalau nak air jernih. Tapi sini ombak kuat jugak, tapi boleh lah mandi kat tepi-tepi. Cantik, Luas dan Bersih pantai ni.
On the way nak balik, kita orang pass by Johor Kota Lama. Tempat tu sungguh mengerikan, pasal banyak nya kubur. Ada muzeum menceritakan kisah Johor Lama.
Kota Johor Lama pernah menjadi kubu kuat kerajaan Johor Lama. Ia juga pernah menjadi medan perang antara penduduk Melayu setempat dan pihak penjajah ketika itu. Kota ini sebenarnya dibina pada 1540, sewaktu zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah II (1528-1564). Kota ini adalah benteng pertahanan terbaik di sepanjang Sungai Johor. Setelah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka pada 1511, Sungai Johor menjadi pusat pemerintahan dan kubu pertahanan untuk menghadapi musuh Portugis di Melaka.
Tempat tu ooooooh super scary tapi cantik, pasal kampungnya betul-betul tepi laut. Bila nak masuk kampung johor lama tu, road satu lane dalam hutan-hutan dan kubur banyak sekali, kiri kanan depan belakang banyak kubur. Tempat paling eeerie sekali, kita dah jalan satu malaysia, ini tempat paling mengerikan. Orang-orang kat sana agaknya dah biasa, tak tahulah nak bayangkan kalau masa malam, macam mana agaknya rasanya....
No comments:
Post a Comment