Thursday, December 29, 2005

3100KM - Cuti-cuti Malaysia part 2

Saturday
Setelah kita bercuti dari ipoh ke melaka, keesokan hari-nya pula kita pagi-pagi berangkat lagi ke, this time kita ke tujuan kami ke Kuala Trengganu pula. Dari pukul 6pagi ke 6petang baru sampai Awang, Rantau Abang. Tapi alangkah terkejut dan terperanjat dan ternganga kita bila nampak Awang resort dibanjiri air sungai. Car park yang selalu kita park habis ditenggelami air. Dan lautnya pula bergelora-lora macam tsunami. Ketakutan kita semua tengok. Actually sepanjang jalan dari kuantan kita dah nampak banjir sana-sini dan dari sana pun dah nampak air laut macam gitu, tapi kerana kedegilan kita, kita menuju juga ke sana. Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada abang Awang, kita pun menetap kat bandar Kuala Trengganu. Kita duduk kat tengah-tengah bandar, tapi kat sana takde shopping centre yang happening. Tapi kita dapat beli beg sekolah juliana dan iman yang ada trolley cuma rm20 aje, dan kasut yang harga cuma rm4 aje.

Sunday
Keesokan harinya pula kita menetap kat Pantai Batu Burok resort (rm95), betul-betul tepi laut. Lautnya masih bergelora-lora lagi, dan menyeramkan, tapi resort-nya tak banjir. Alangkah terperanjat lagi kita bila nampak oil-tanker yang besar terhanyut dan tersadai di pantainya. Ni mesti kena pukul ombak sampai ke tepi pantai. Nasib baik kat resort tu ada swimming pool, so dapatlah juga mandi. Kawan-kawan kalau tengok laut mesti takut, betul-betul macam laut tu tengah marah, berombak-ombak...eiii seram.

Monday
Setelah penat mandi hujan kat Kuala Trengganu, lepas checkout kita menuju ke Kuala Lumpur, untuk menetap di Brisdale Hotel. Di tengah lebuhraya pantai timur kuantan, kita terjumpa Samad (adik oja) dan pak Andak-nya. Mereka pun baru balik dari Kuantan jugak. Not badlah si Samad tu, dia baru beli kereta Proton Waja. Anyway kita sampai KL nak dekat pukul 5pm, mak-oi nak cari hotel tu macam nak cari emas, susah betul... pusing-pusing nak dekat sejam baru jumpa. Bilik hotel tu besar jugak, 2 queen size bed, dan view-nya mengadap menara KL dan KLCC, very nice view.

Tuesday
Hari ini ingat macam nak balik, tapi (knowing we all) kita tak balik jugak, dan kita extend lagi sehari. So kita pergi Batu Caves, pada sebelah tengah-hari. Tingginya tangga ke atas, Juliana dan Iman naik sampai atas, tak penat pulak tu, bapak dia tercunggap-cunggap macam nak mampus. Bau kat dalam gua tu stoinglah! tak tahu bau apa... stoing rabak boleh pengsan. Kat atas banyak kelawar dan monyet.
Minggu lepas naik tangga gua tempurrung, ni pulak naik tangga batu caves... makoi! penat rabak kaki lutut-peha!!! tapi takpo satisfying dapat tengok tempat yang tak selalu kita nampak.
Lepas batu caves, kita cari makan, sampai sesat kemana pun tak tahu, park ajelah kereta dan makan tengahhari. Balik hotelpergi swimming kat indoor swimming pool hotel sedap sikit dapat rileks.

Wednesday
Setelah 3100km kita mengembara satu malaysia dari Ipoh-Bukit Tinggi- Melaka-sg-Kuala Trengganu-Kuantan-KL kita akhirnya pulang ke Singapore dengan rasa kepuasan dan kepenatan yang sangat puas...puas ke? rasa macam tak puas aje... macam nak jalan lagi...hehehe

Sunday, December 25, 2005

Cuti Cuti Malaysia

Sunday
Kami berangkat pada 4 pagi menuju ke Ipoh. Semasa berlalu di daerah Melaka pada pukul 5:30am, sedang memandu sekali di tepi jalan kelihatan seperti kain berterbangan, bila makin dekat, ianya terus terbang ke windscreen kereta, tapi pasal tengah stoing pagi-pagi, malas nak terperanjat, so carry on ajelah drive. Kita sampai di Ipoh pukul 11 pagi, beli pre-paid Celcom card rm10 dan terus book hotel untuk semua orang di Seri Malaysia. Pukul 3 pm, keluarga bibik, wakdir, yan dan wakram pun sampai.

Monday
Selepas breakfast di hotel, kami semua drive ke Gua Tempurong. Inilah first time experience masuk dalam gua besar, and it was so overwhelming. Its huge and really humongous space within the mountain. Our tour guide is the best, kasi kita geography lesson, kasi quiz dan pandai buat lawak. We had a very educational dan exciting time as a family in the cave.
Selepas tu, kita ke Lost World of Jaafar... oops sorry Lost World of Tambun, Water Theme Park. Ia terletak di keliling gunung, look very 'lost' indeed', macam kat cerita Indiana Jones. Everybody had a good time mandi after the long sweaty journey inside the cave.
Sebelah malam kita semua ke Jusco dan berdinner and berkaraoke kat sana. Teringat JJ nyanyi lagu Aladdin dengan nada suara yang 'power'..hehehe.

Tuesday
Hari ni lepas breakfast kita, bibik dan wakram family pergi ke Bukit Tinggi, Colmar Tropicale, sementara wakdir dan yan family menuju ke KL. Sampai kat Bukit Tinggi resort dah nak dekat 5 petang. Tempat nya very sunyi dan 'peaceful'. Malam-nya kita main bowling (rm6), dan wakram family dapat strike sorang satu, setelah masuk longkang berkali-kali.

Wednesday
Pada sebelah pagi, kita ke Japanese garden, kat atas bukit. Di sana ada spa dan suite, dan kebun jepun. Lepas tu kita ke Rabbit Enclosure, budak-budak seronok berkejar, mengangkat, mengendong dan mendokong rabbit-rabbit di sana. Lepas checkout kita terus ke Melaka untuk "farmstay" di rumah Mak Bibah. Yan family dah balik, so kita jumpa wakdir family di sana. Pada malam hari kita sempat celebrate birthday kak su. Selepas dinner, kita semua lepak macam orang pelarian atau mangsa tsunami dia hall rumah mak bibah.

Thursday
Sebelah pagi, kita ke masjid untuk sembahyang subuh di sebelah rumah, dan selepas tu kaum lelaki pergi berjogging di tepi pantai. Setelah breakfast roti chanai dan nasi lemak, kita semua bergotong royong menyapu, memotong dan membersihkan halaman rumah mak bibah. Pendek kata lengoh badan. Wakram dan wakdir family balik singapore, sementara bibik family dan kita pergi menetap di Warisan Resort.

Friday
Setelah nak dekat seminggu kita berjalan-jalan dari ipoh ke melaka, kami semua pulang ke singapore.... tapi untuk sekejap aje.... to be continued.

Monday, December 05, 2005

Alternative Exit (JB)

3X says "Let me share this info to you all drivers, maybe some of you know, maybe not. Anyway long story short, yesterday lepas kita relax kat JB, kita menuju pulang ke Singapore jalan first link. That time dah 9pm, and the traffic even sebelum jembatan dah jam rabaks. Kalau jam dari situ kurang-kurang 2 jamlah tengok bontot kereta depan. So yati suggest kita try Tanjung Puteri (ada satu kali kita pernah naik teksi pirate dari Larkin, dia pernah jalan situ), nothing to lose kita try ajelah. Alangkah bestnya dan wonderful, kat Tanjung Puteri checkpoint takde jam lansung. Kat situ ada 6 custom booths dan semua tak jam. Kita rileks aje chop passport lepas tu dari atas, kita nampak kereta-kereta lain yang stuck kat jam checkpoint... hahahaha... happy save 2 jam stuck kat jam.

So kalau you all stuck, cubalah try pergi Tanjung Puteri (5 minit aje dari first link checkpoint). This exit takde orang tahu (sebab tu dia orang pergi first link..khahaha), so jangan bilang orang lain...ssssshhhhh"