Sunday, March 25, 2007

Short holiday during school holiday

http://www.eyeonmalaysia.com.my/
Iman says "Pada minggu lepas, bila cuti sekolah, kita orang pergi KL, dengan keluarga bibik, wakdir dan kak yan. Kita stay kat Flamingo Hotel, KL. Semasa disana kita dapat pergi naik Eye on Malaysia. Ia-nya terletak di Tasik Titiwangsa. Bila kita orang sampai kat Tasik tu, aneh-nya tempat tu ramai betul pengunjung, sungguhpun hari Khamis, bukan hari cuti awam, tapi rasanya macam hujung minggu atau public holiday. Ramai betul orang kat situ, happening betul! Line nak naik Eye on Malaysia tu sentiasa aje panjang, tapi tak lama sangatlah kita tunggu. Tingginya 60 meter, dan setiap cabin ada aircon. Bila kita naik, ia berpusing 4 kali."

Nadhirah says "Bila kita naik Eye tu, rasanya macam naik lift aje, takdelah rasa mengilu atau ngeri. Actually kita orang takde apa-apa, cuma mama aje terpekik-pekau pasal abah goyang-goyangkan cabin tu. Tapi mama ni, orang angkat kaki dia pekik, orang angkat tangan pun dia pekik. Actually bila kat atas sekali tu, ada jugaklah rasa ngeri sikit aje...hehehe. Permandangannya indah juga, bila nampak kawasan-kawasan KL yang bermandikan lampu-lampu."
Juliana says "Kat Hotel Flamingo tu kita orang mandi-mandi kat swimming pool, dan kat situ pun ada mini-tasik, dan di tengah-tengahnya ada beberapa burung Flamingo tinggal kat situ. Kita orang pusing satu tasik tu, tapi banyak sangat nyamuk. Kita orang berenang kat swimming pool hotel tu, seronok main-main dengan sufi, hatim, kak syira, haziq dan batrisyah. Selepas check-out kita cadang nak pergi WTC KL, tapi pasal jam, kita orang semua berpecah, dan bila kita sampai, road dan carpark WTC tu kena block dengan polis, so kita orang tak dapat masuk. Abah pun give up dengan jam kat KL tu, asyik jam aje tak habis-habis. Kita terus ke Jalan Bintang, tempat ramai orang Arab. Sepanjang jalan tu asyik jam aje, Abah tak boleh tahan."

Yati says "Long story short, kita tinggalkan KL, dan masuk Karak highway menuju ke Kuantan. Perjalanan mengambil about 4 jam untuk sampai ke Kuantan. Memang kita tak plan untuk ke Kuantan hari tu, tapi pasal si 3X ni dah give up sangat dengan KL, dia pun nak "balik kampung" dia. Selagi butt-crack dia takde pasir, pada dia bukan holiday, dia cakap. Itupun dia nak terus ke Trengganu, tapi pasal bila sampai kuantan dah pukul 6 petang, dia terpaksa stop kat Kuantan."

3X says "Yes, no sand in my butt-crack, no go back singapore. Esoknya kita pergi Cherating untuk duduk mini-motel, tapi nasib baik penuh. Kenapa cakap nasib baik? Well ada excuse untuk pergi Awang, so dengan pantas hang drive terus ke Rantau Abang, yang mengambil masa about 2 jam. Sampai kat Awang, nasib baik kita dapat bilik no.1. That's our favourite room, betul-betul sebelah laut. Bila kita duduk kat situ mengadap laut, dengan angin yang kencang menghembus kat muka, dan permandangan laut kat depan.... fooooyooohhhh I am home! Lepas ni toksah cerita lagi apa-apa lah, mandi kat laut all the way."

Tuesday, March 13, 2007

Babies 2007




Kami nak mengucapkan tahniah kepada

Mai & Anis mykidz
Yan & Herman ayangz
Oja & Arin jomlepak
Munirah & Ibrahim

yang akan bakal menimang cahaya mata masing-masing pada tahun ini.

Kami akan sentiasa doakan semoga dipermudahkan bersalin, mendapat anak yang soleh dan dikurniakan Allah kelahiran zuriat yang sihat dan sempurna. Amin.

Dan tahniah juga kepada Kaklong, Wakdir, Kak Eton, Bak Jat, Mak Ngah, Pak Atit dan Mak Minah yang akan menimang cucu masing-masing.

So daripada Aki Mat dan Wan Yati, take care of your mummies...

Monday, March 05, 2007

Redbox with Mykidz and Ayangz

Iman says "Pada hari minggu pulak kita, Kak Yan, Abg Herman, Kak Mai, Abg Anis, Mohd, Danish, Sabrina, Haziq dan Batrisyah pergi Jaya Jusco, Johor. Tujuan kita semua ke sana adalah untuk pergi Karaoke, kat Redbox. Sebelum masuk KTV, kita orang bawak Batrisyah jalan-jalan kat Jaya Jusco, dia diam pulak tu bila Abah dukung dia. Kita kasi dia minum susu, dan bila kita main-main dengan dia, dia ketawa mulut dia terbukak besar tapi takde suara..hehehe cutelah dia."

Nadhirah says "3 jam kita orang kat dalam KTV tu. Dia orang semua nyanyi puas-puas dengan penuh perasaan. Abah nyanyi Wings,Search.. Abg Anis nyanyi Alleycat, SweetCharity.. Abg Herman/Kak Yan suka lagu-lagu Indon... Kak Mai nyanyi lagu Air Supply, Mohd/Danish.. Backstreet Boys... Mama pulak pegang microphone tapi suara tak keluar...hehehe"

Juliana says "Bila all the parents tengah karaoke, kita orang kanak-kanak makan tidbits dan minum ribena. Batrisyah pulak makan kasut... hehehe. Haziq rilek aje duduk diam-diam minum air sambil makan crackers macam style kat pub."

3X says "Thanks for the company- Mykidz and Ayangz... Because of you guys, that Boney M song "By the Rivers of Babylon" keep ringing in my brain. I can't believe you guy make me sing a long to that song, spoil my Mat Rock reputation! And also I think, nobody can forget Anis "butt-slapping" while singing the Air Supply song, hilarious man!. hahaha!."

Saturday, March 03, 2007

Saturday - Sentosa and J.C.Ayam Penyet



Iman says "Hi kengkawan, last weekend kita banyak activity. Pada hari sabtu, Abah bawak kita pergi Sentosa. Tapi dia tak bilang kita, bila kita tanya dalam kereta, dia tak cakap nak pergi mana. Sekali dia masuk Sentosa, kita semua surprise dan terpekik-pekau dalam kereta. Yeah! Yeah! Sentosa! Yeah! Yeah! Sentosa!"

Nadhirah says "Tapi bila kita sampai aje dan lepas park kereta, hujan pulak turun. Kita naik tram kat sana untuk tunggu hujan habis. Lepas tu kita pergi Siloso beach dan mandi puas-puas. Kita mandi sampai ke malam dan bila hujan pun kita continue berendam anak-beranak jugak."

Juliana says "Wah, kita rasa penat betulah hari Sabtu tu. Bila kita balik, Abah surprise kita lagi, dia bawak kita makan kat Joo Chiat Ayam Penyet time dinner. Mahal jugaklah satu pinggan nasi kat situ, $5.50 sepinggan. Tapi ayam dia besar jugaklah dan sambal dia kita orang tak boleh take it, pasal tersangatlah pedas ! Abah pun tak boleh makan."

Friday, March 02, 2007