Monday, July 25, 2005

Saturday and Sunday

Iman says "Foolamak, hari sabtu lepas happening jugaklah. Actually pagi sabtu tu abah kerja, so kita duduk rumahlah, lepas pukul 2pm, Umi bawak kita naik bas pergi rumah Busu kat Bukit Gombak. Kita makan roti kirai dan jemput-jemput yang kak Atiq dan kak Wani masak.. boleh tahan jugaklah power! Pukul 4pm abah sampai rumah busu... dia-kan terus masuk rumah aje, terus duduk kat meja terus makan, takde beri salam lansung...hehehe"

Nadhirah says "Kita tunggu sampai Kak mai datang lepas tu kita pergi CDANS kat seberang, pasal abah, umi, kak mai dan abang anis ada bowling competition. Kita orang pulak, busu babysit - danish, mohd, kak wani, kak atiq, iman, juliana dan kita semua swimming...yeah!"

Juliana says "Lepas swimming/bowling semua, kak mai pulak babysit kita, so kita ikut dia orang ambik waklong, pasal malam ada dinner wakngah dan bakjat belanja. Abah dan umi pergi sendiri, rasa-rasa dia orang pergi happy hourlah tu, 2 jam pun jadilah."

Yati says "Hari minggu pulak, pagi-pagi kita orang pergi rumah Kak Minah, dia masak/bakar ikan ayam2, ikan pari dan siput sedut... fooh power! Kalaulah tiap-tiap hari makan macam gini... Kak Minah you the woman! masak 4 jam non-stop! Lepas makan kita pergi MacRitchie pulak bersantai kat tepi reservoir bersama Yan family, Bakjat family, Uji family, Mai family, Kak Ana family dan pengantin baru arin/oja. Nak jalan jauh-jauh malas pulak, so kita rilek je makan epok-epok sadin, roti kentang dan ikan pari, ikan ayam2 kak minah".

3X says "Balik reservoir, kita terus masuk johor. Kita makan kat Carrefour, beli barang sikit dan balik. Checkpoint jam pulak, so stuck nak dekat 2 jam baru lepas kastam. Sampai rumah 12:30am... kuak lentang terus zzzzzzz."

Special Thanks to
Kak Ngah & Bak Jat belanja makan kat Jalan Kayu
Kak Minah & Bro Atit masak Ikan Bakar dan Siput Sedut
Kak Idah, Wani, Atiq for babysitting our little angels
and masak Roti Kirai dan jemput-jemput.
Mai & Anis for babysitting our little devils on Saturday and Sunday
...Thank you very much...

Thursday, July 21, 2005

Bowling

Yati says "Semalam malam we went to Orchard Country Club at yishun to play some bowling. The place was packed even though its 8pm at night. We played 2 games, and what we found out is that we are not improving, although there were less longkang balls, we still cannot pass the 100 points."

3X says "Actually we went to Taman Pelangi, JB the night before, the bowling rate there was rm$4.50 per game, but we didn't get to play because all the lanes were taken. Anyway the best place to bowl, is at KL, the biggest shopping centre there (I forgot the name)... because they switch off the lights there, as the bowling balls, pins and lanes all glow in the dark and they play music in the background, like discotheque... very fun and cool place to play."

Tuesday, July 19, 2005

Saturday and Sunday

Iman says "hi kengkawan, weekend kita busy betul... sabtu pagikan, kita orang pergi Anglo Chinese School Junior, pasal Busu ada coupon $200 untuk belanja kat karnival sekolah tu. So pagi-pagi lagi kita orang jumpa Busu dan WakLong same kak aiza, abg fuad, danial, aisyah, danish dan sabrina. Busu kasi kita coupon $60, so kita beli dan makan nasi bryani, fries, ayam goreng dan macam-macam.

Nadhirah says "kat karnival tu kak wani ajak kita main game kat karnival, kita orang menang banyak hadiah, kita main asal-boleh pun boleh menang jugak. Kat karnival tu ada macam-macam makanan dan game, satu sekolah kita rounding.

Juliana says "Kita pun dapat banyak mainan. Thanks busu share coupon dengan kita, kalau ada lagi call lah lagi ok. Kita orang sampai pukul 10am, tapi janji pukul 9am, pasal abah sesat, Newton circle pun dia tak tahu, dia pergi bawak kita sampai Singapore General Hospital, so sesat 1 jam. Anyway lepas tengah-hari abah hantar Waklong dan cucu-cucu dia balik ke potong pasir, tu pun abah sesat jugak.

Yati says "Hari sunday pulak kita pergi ke Stulang Laut, johor. Nak tengok brapa harga ferry ke Batam. You all nak tahu... mahal nak mampus! rm67 untuk 1 way trip dan rm127 untuk 2 way return trip. Macam ni Singapore punya lagi murah S$25 untuk pergi balik. Anyway lepas makan kat Stulang, kita pergi Giant plentong, tapi kedai semua tutup pasal tengah renovation, tapi hypermarket aje bukak. So lepas beli barang sikit, kita orang rileks kat Danga Bay, biar budak-budak main kat playground situ.

3X says "Anyone, interested go Batam in the near future?"

Tuesday, July 12, 2005

Pendekar Cameron Higlands

Badang bin Md Rizal

Setelah Lightsaber-nya patah, Iman Skywalker terpaksa bertapa di gunung Cameron Highlands selama lima minit untuk mencari ilmu power untuk menangkap ikan keli di air terjun Lata Iskandar. Setelah memakan muntah (aka durian) di Tanah Rata, badan-nya menjadi kuat dan jadilah ia si Badang, Pendekar Cameron Highlands.... jeng...jeng...jeng...

Monday, July 11, 2005

Happy Birthday Mohammad

Iman says "Walawe... semalam kita orang makan banyak sekali. Tengahari kita pergi rumah bibik, pasal Abah ajar Aan buat video editing. Kak Mai, Wak Sarah... pun datang jugak untuk celebrate birthday Mohamad yang ke 8. So kita makan ayam goreng masak sambal pedas/manis, sedap hingga menjilat kaki... power!"

Nadhirah says "Kita kan daripada sakit jadi baik pulak, pasal dah banyak kengkawan so kita main-main dengan Sabrina, Danish, Mohamad, Aisyah (anak abang mamat), Sufi, Hatim... kita main kat playground, main kat tangga, main dalam bilik, makan kek, makan ayam...kita pun jadi baik."

Juliana says "Balik rumah bibik, kita orang dengan kak mai family pergi rumah busu pulak kat Bukit Gombak. Makan lagi... ikan masak asam pedas, mee, ikan goreng, macam gebulur, tapi actually baru makan kat rumah bibik. Abah installkan software kat rumah busu, dan lepas makan kita orang balik, tapi tak balik rumah, kita pergi Johor. Sampai sana pukul 8pm, tapi kita tak makan lagi, cuma beli mainan aje kat KipMart. Bibik kasi S$10, so kita tukar kat johor dapat rm20, so kita beli mainan banyak-banyak. Sampai rumah pukul 12am, penat terus tidur...zzzzz"

Friday, July 08, 2005

Iman nak tackle pompuan....

Iman says "Iman sekarang dah register tau untuk Primary 1 kat sekolah Si Ling Primary School. Same sekolah dengan kakak jugak. Iman rasa macam dah besarlah gitu, tapi belum baligh lagi (hehehe). Abah cakap kalau pergi sekolah mesti pandai tackle perempuan, mesti cari power-power punya".

Nadhirah says "Aduuui sakitnya kepala, kita sedang demamlah sekarang. Kita asyik muntah aje, lepas tu takde selera nak makan. Kita dah makan ubat so tidur ajelah kat rumah. Kita suka tidur atas lantai, sampai umi dan abah kita selalu marah. Lantai sejuklah so sedap baring."

Juliana says "Hai kengkawan, minggu depankan hari Isnin, kita ada swimming lesson tau kat sekolah. Seronoklah, tak sabar nak next week. Actually kita dah tau swimming dan diving-diving, so kita oklah pergi swimming. Tapikan kalau si Iman, mesti dia melalak punya bila kena suruh swim, pasal dia ni trauma-lah, selalu kena campak kat laut dengan abah dan wakdir...hehehe"