Friday, July 08, 2005

Iman nak tackle pompuan....

Iman says "Iman sekarang dah register tau untuk Primary 1 kat sekolah Si Ling Primary School. Same sekolah dengan kakak jugak. Iman rasa macam dah besarlah gitu, tapi belum baligh lagi (hehehe). Abah cakap kalau pergi sekolah mesti pandai tackle perempuan, mesti cari power-power punya".

Nadhirah says "Aduuui sakitnya kepala, kita sedang demamlah sekarang. Kita asyik muntah aje, lepas tu takde selera nak makan. Kita dah makan ubat so tidur ajelah kat rumah. Kita suka tidur atas lantai, sampai umi dan abah kita selalu marah. Lantai sejuklah so sedap baring."

Juliana says "Hai kengkawan, minggu depankan hari Isnin, kita ada swimming lesson tau kat sekolah. Seronoklah, tak sabar nak next week. Actually kita dah tau swimming dan diving-diving, so kita oklah pergi swimming. Tapikan kalau si Iman, mesti dia melalak punya bila kena suruh swim, pasal dia ni trauma-lah, selalu kena campak kat laut dengan abah dan wakdir...hehehe"

No comments: