Thursday, October 26, 2006

Selamat Hari Raya 2006

S e l a m a t H a r i R a y a
kepada semua umat Islam di dunia
dan terutama sekali kepada
Ahli Keluarga Haji Salleh


Iman says "Hai... Selamat Hari Raya... kita tahun ni hari raya sambut kat Ayer Hitam. Sehari sebelum raya, hari isnin, kita dah pergi Ayer Hitam. Sampai aje, kita orang pergi Parit Raja, pasal mama dan abah belum beli baju raya lagi. Last minute tak payah pilih, beli aje apa yang ada. Tapi last minute shopping bagus tau, dia orang kasi discount banyak sekali, so dapatlah murah sikit."

Nadhirah says "Hari Raya kita orang berkumpul kat rumah Aki dan Wan. Pak Su, Mak Su, Pak Ngah, Mak Ngah (abang dan adik mama) dan sepupu-sepupu kita Danial, Nisha, Husna, Khairil, Shamir dan Aisyah pun ada. Cuma yang tak dapat balik Mak Long (kakak mama) aje. Malam raya kita main bunga api dengan sepupu kita, sampai Juliana melecur kat perut pasal kita terlanggar dia...hehehe."

Juliana says "Kurang asam punya Nadhirah, dia cucuk kita kat perut dengan bunga api tu, sakit tau! Petang raya gitu kita balik Singapore, terus ke rumah Tok kat Tampines. Tapi bila sampai, orang semua dah balik, tok cakap sebelum kita orang sampai, orang ramai sangat, semua kena diri. Malam-nya kita rumah Wakdir dan WakRam. Kita makan banyak sangat... asyik terkentut-kentut aje."

Yati says "Kami nak mengucapkan Selamat Hari Raya, dan Maaf Zahir dan Batin, apa yang tersilap cakap ke, atau tersilap buat ke, atau tersilap apa-apa ajelah... harap dapat maafkan."

3X says "adooiiii, sakit perut... makan banyak sangat...."

Wednesday, October 18, 2006

Weekend Iftar II

Iman says "Last weekend, kita orang semua buka ramai-ramai kat Tampines rumah bibik. Abah happy tak terhingga pasal ada lauk kuah rawan, sambal sotong, bagedil - semua dia punya favourite meal. Lepas sembayang terawih, kita orang discuss pasal cuti ke Langkawi, wah so exciting, tak sabar nak pergi 7 Dec nanti."

Yati says "Esoknya kita pergi johor, ikut Kak Long, Kak Idah dan Kak Aini shopping kat Kota Tinggi. Rambang mata survey baju apa nanti nak beli. Dia orang semua naik van yang Abah Shah sewa. Dia bawak dia orang pergi Kota Tinggi ke Kota Raya dan Angsana. Tengah jalan shopping, sempat pulak tu pergi hantar orang kawin, 3X jadi saksi..hehehe... Anyway kita orang semua buka kat rumah Kak Aini. Makan ikan keli... "

3X says "Foooh that lauk Kuah Rawan kat tampines paling POWER! That is the most satisfying lauk buka puasa for this month - Top of the list! The next day pulak buka dengan ikan keli - Aivi goreng, foooh!!! Sedap sekalik dong!!! Nak dengar cerita kelakar - Kat Johor sebelum balik SG, kak long taruk barang-barang dia kat my car boot, pasal dia orang semua balik dengan bas. Besoknya kira hantarkan barang2 dia kat rumah dia. So the next day, after work I drove to her place, and at the car park I open the car boot. Alangkah terperanjatnya, barang2 dia takde - baru teringat, semalamnya dah bawah naik atas rumah, terlupa nak bawak the next day. So takkan nak naik atas tangan kosong, so terus balik, tak jadi naik.. sorry sister for late delivery."

Sunday, October 08, 2006

Weekend Iftar

Iman says "UUrrrppp... Alhamdulliah.. syukur.. kenyang perut... hehehe. Semalam kita buka kat rumah Wakdir, penuh macam dah hari raya pulak. Sebelum balik kita dah dapat duit raya dari Wakdir. Makanan power-power sampai tak tahu apa Iman nak makan. Berlepas dari rumah Wakdir, kita maklong dan kak mai family pergi rileks kat Bedok Corner pulak. Saje aje minum2 air teh... Iman kan order Milo Dinosaur, foooh puas dapat minum milo, satu hari mengidam."

Nadhirah says "Hari ni pulak, kita orang, busu, maklong, kak mai family berbuka kat rumah Wak Saadon. Fooh kenyang lagi, sup tulanglah, dan boleh choose, nasi pataya atau nasi ayam... Abah makan macam tak makan setahun, semua dia grab, orang lain kena cepat-cepat ambik, kalau tidak dia habiskan. Periuk sup tulang depan dia Abang Udi sampai kena top-up nak dekat lima kali, sampai habis lauk kat dapur tu... dasyatlah abah ni, kata nak diet tapi makan macam baru keluar hutan... semua dia cakap power!"

Juliana says "Eh cerita tangkap sotong publish hari ni kat Berita Minggu, you all ada baca tak. Iman dan Mama kan boring tau pasal Abah punya badan block dia orang.. hehehe.. Iman tengok gambar, lepas tu dia cakap "Iman takde gambar, Abah next time excuse me lah!"... haha kesian budak tu kempunan gambar tak keluar."

Yati says "Siapa tu yang mintak balik dalam cerita candat sotong tu... bukan kita tau... hehehe. Kita tak mintak balik... kita cuma mintak balik cepat sikit...hehehe. Tapi kan sebenar cerita-nya, disebabkan muntah kita (mine dan Atiqa) sebab tu banyak sotong naik dan kena tangkap...tulah cerita yang sebenar."

3X says "Pagi ni dapat sms dari my friends "Oi macam sengaja posing je", lepas tu "tu kau ke mcm, tapi mcm bukan"... lagi satu "eh tu ke kau?"... I was replying "Apa korang merepek?"... rupa2-nya bila petang jumpa mai dan kak idah, dia orang cakap gambar kita dalam suratkhabar, cerita Abg Kadir candat sotong... Oh padanlah kengkawan aku terperanjat nampak aku... hehehe".

Friday, October 06, 2006

First Acting Job

Juliana says "Hai kengkawan, hari tu kan kita pergi punggol rumah kak eti, untuk berlakun tau. Tapi kita malulah bila camera depan kita. Orang semua suruh kita senyum, tapi kita malu. Mula-mula kita aje dipanggil berlakun, lepas tu nadhirah pun masuk sekali."

Nadhirah says "Kita pun berlakun jugak, senang aje berlakun makan. Kita makan dan senyum, senang aje scriptnya, kita pun dah memang lapar...hehehe... Kak eti kalau nak suruh kita berlakun lagi panggilah kita, watak heroin pun boleh, kalau jadi ju-on atau cik-pon pun boleh..."

Iman says "oh mentang-mentang kita botak kita kena reject berlakun ye... takpo.. takpo.. kak eti kalau nak cari orang jadi watak anak metropolitan, iman boleh act step gangster. Kalau nak jadi orang minyak atau mr.bean pun boleh... hehehe."