-- Post From My iPhone
Tuesday, March 03, 2009
Pertunangan Ajan - 1st March 2009
Hantaran dari pihak lelaki.
Pukul 10 pagi kita dah sampai rumah odah, untuk ambik Ajan dan Aiz. Kita pergi rumah Mak Mee untuk mengambil lauk pauk kat Chai Chee Drive. Boleh muat pulak tu semua tong-tong nasi dan periuk lauk pauk kat kereta Chery, sampai tumpah-tumpah kuah kat dalam kereta. Pulak tu, rumah Mak Mee tu takde lift, foooh dari tingkat 4 naik turun tangga, macam nak meletup buah pinggang hang angkat tong-tong nasi dan lauk-pauk. Tapi worthit, pasal makanan semua sedap-sedap.
Wak Atid pulak pukul 11 pagi dia dah suruh orang semua cepat-cepat makan. Ingatkan dah nak naik bas, actually pukul 2:30pm bas akan sampai. "Ah lekas-lekas, cepat-cepat"... excited betul bapak pengantin tu. Ketua tadika - Herman pulak sibuk discipline kanak-kanak kat rumah dia. Berserak satu bilik. So pukul 2pm, selepas speech dari Wak Dir, dan Wak Atid (dia pun ada speech jugak tau), kita semua berangkat dengan hantaran naik bas air-con ke Holland Drive. Jauh jugak perjalanan... seronok naik bas ramai-ramai sekeluarga. Khalfan pun ada jugak, tengok tu gambar, seronok dia angkat hantaran sekali (ehem.. ehem... next in line). "Khalfan, when is your turn?" aku tanya... terbeliak biji mata dia... hahaha kelakar mat arab ni.
Sampai di rumah tunang Ajan, bermula pantun-memantun. Ajan berpantunlah, siap dengan script sekali... tak pernah aku dengar orang nak tunang berpantun sekali, bersemangat betul.
Selesai berbincang pihak lelaki kat hall, upacara memasang cincin kat pengantin pompuan pulak. Kali ni Nek Cina Mak Minah, yang menyarung cincin kat tunang ajan. Gembira tengok wajah nek cina tu, terharu agaknya dia dapat menyarungkan cincin kat tunang cucu dia.
Bergambar dengan keluarga Mak Minah, this is Singapore, a multi-cultural family.
Begitulah, majlis pertunangan Ajan dan (aku lupalah nama tunang dia). Kami mendoakan hingga selamat ke jinjang pelamin, dan seterusnya kekal ke anak-cucu. Semoga me-ramaikan zuriat dan me-ramaikan lagi ahli keluarga HMS. Amin.
-- Post From My iPhone
-- Post From My iPhone
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment