Monday, September 28, 2009

Gosip-gosip artis

Majalah URTV - Edisi Raya September 2009

Sekarang ni hangat berita seorang artis yang kacak sungguh, yang sering diganggu pelakon wanita, yang namanya tidak boleh disebut tapi ramai yang kenal kerana namanya yang semakin meningkat, dan juga badannya.Setelah di soal siasat oleh wartawan kami, akhirnya gadis itu, yang bukan sunti lagi, mengaku dia agak teruja sekali bila berada di sisi artis kacak itu, tetapi bukan kepada artis itu, sebaliknya kepada ayam masak kari yang sedang dimakan artis itu.

Ini pula kisah seorang artis veteran yang telah berjaya mengurangkan berat badan dengan mengamalkan memeluk daun pisang dan melekatkan daun pisang itu ke muka apabila berjumpa pokok pisang. Amalan ini sentiasa diamalkan oleh artis veteran ini, sungguhpun ditegar keras oleh para saintis kerana ia akan menimbulkan masaalah buang angin yang beralutan,



Gambar ini yang telah diambil oleh wartawan kami, menunjukkan artis yang terkenal ini melakukan perkara yang tidak disangka-sangka. Kerana marahkan sangat dengan daun-daun, beliau cuba berdialog setelah berkali-kali daun-daun itu tidak mengambil peduli. Setelah disoal siasat, artis itu berkata, daun-daun itu masih tidak mahu meminta maaf kepadanya sejak peristiwa skandal tahun lepas.


Artis wanita ini sekali lagi cuba mengoda, kali ini dengan seorang YB, bernama Datuk S. Dari raut wajah Datuk itu, beliau sedang berfikir jauh memikirkan, bukan terhadap artis wanita itu, tetapi sedang memikirkan resepi baru untuk memasak sayur-sayur yang dipegangnya itu. Artis wanita itu pula mengaku teruja sekali dengan lauk yang bakal dihidang oleh Datuk S.

Wartawan kami telah berjaya membongkar rahsia kisah
seorang artis yang sungguh kacak rupa-rupanya seorang gay.
Gambar yang ditangkap ini, di sebuah pub di kota singa,
menunjukan hubungan mesra mereka yang berjaya mereka
sembunyikan selama setahun. Kami mengharapkan pasangan ini insaf dan kembali ke pangkal jalan.

Sepasang lagi pasangan artis yang gay telah ditangkap oleh jabatan mencegah maksiat baru-baru ini. Mereka terpaksa mengaku mengenai hubungan mereka selama lima tahun itu setelah ditangkap berdua-duan di playground. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman sebat kepada mereka berdua, tapi
atas permintaan mereka, hukuman sebat itu akan dijalankan sesama mereka.



Untuk gosip-gosip artis yang terlanjur dan seterusnya, belilah edisi keluaran bulan Oktober, dijamin berpuas-hati. Tingkatkan prestasi, kurangkan controversi.

Saturday, September 26, 2009

The grass is greener on the other side

Syurgawijr - No.21 Nusa Idaman Presint 5


Tamanbahasa - No.32 Bougainvillea Precinct


Yloindahouse - No.4 Horizon Hills


How to reach here...
By Bus
Take bus CW3 dari Jurong East Interchange, $4 fare
Turun kat custom 2nd Link chop passport, naik balik bus terus ke Jaya Jusco.
Bila sampai, call kita datang ambik.

By Car
Go by 2nd link Gelang Patah, turn in Johor, and then Bukit Indah.

Wednesday, September 23, 2009

Selamat Hari Raya 2009

Selamat Hari Raya Tahun 2009.

Hari Raya pertama untuk Puteri, beraya bersama Atuk.

Pertama dan Terakhir

Atuk bersama Anak Terakhir (Rizal) , Cicit Terakhir* (Khuzaimah), Cucu Terakhir (Puteri), Cucu Pertama (Norliza), Anak Pertama (Sarah), Cucu Pertama (Zohri).

Anak lelaki Pertama
(Kadir) dan Anak Perempuan Kelapan (Rehana).

*cicit terakhir untuk sekarang... Insyaallah, ramai lagi akan datang...

Sunday, September 13, 2009

Iftar, Iftar dan Iftar

Iman says " Hai kengkawan... minggu lepas, kita iftar di sana sini. Pertama sekali pada sabtu lepas kita orang pergi rumah Wakdir. Fooh menunya - Nasi Kuah Rawan, sambal sotong, paru, bagedil... tu lah abah punya favourite menu. Abah cakap ayam goreng mak eton sedap poweerrrrr!!! dia cakap dia tak pernah rasa ayam goreng macam gitu punya sedap. Apa agaknya resepi mak eton... Terimakasih kepada krew TamanBahasa.

Juliana says "Pada esok harinya pulak, kita dijemput iftar di Taman Seri Austin. Kita dapat juga berjumpa dengan kak Aivi dengan tunangnya. Wak Ibu Anne masak pun poweerrrr jugak! Dia masak ikan keli sambal, pengat pisang, dan macam-macam lagi. Abah cakap dia tak pernah rasa ikan keli sambal macam gitu punya sedap. Apa agaknya resepi wak ibu anne... Terimakasih kepada krew Taman Austin."

Nadhirah says " Pada hari Sabtu pulak kita punya turn jemput orang datang iftar kat rumah kita di Horizon Hills. Wakdir family, Bibik family, Kak Yan family, Kak Eti dan abang Is datang untuk berbuka bersama. Mama masak Tom Yam dan ayam goreng, dan lain-lain mereka bawak macam ikan keli, sambal kerang, sotong Jusco, kuih-muih.. penuh satu table. Terimakasih semua datang ke rumah kami."


Puteri says "Hari ni pula, kita orang semua pergi rumah Wan dan Aki. Kita berbuka di Ayer Hitam pula. Macam-macam lauk juga Wan masak bersama Kak Husna, yang balik dari Mesir. Dia akan melahirkan anaknya lagi 2 bulan. Tu lah cicit pertama Wan dan Aki. Abah cakap Wan punya epok-epok sedap sekali, apa agaknya resepi Wan buat epok-epok power!!!!. Terimakasih krew Ayer Hitam."

Saturday, September 05, 2009

Mama's Viva


Some guys give their wife flowers, some guys give them diamond rings, expensive clothes and lots of cash.
Sadly I can't afford all that during our 12 years of marriage..... so I bought her a brand new car... a gift for our wedding anniversary.
Perodua Viva 1.0 Auto @ RM$34,400 (S$14K)