Monday, September 28, 2009

Gosip-gosip artis

Majalah URTV - Edisi Raya September 2009

Sekarang ni hangat berita seorang artis yang kacak sungguh, yang sering diganggu pelakon wanita, yang namanya tidak boleh disebut tapi ramai yang kenal kerana namanya yang semakin meningkat, dan juga badannya.Setelah di soal siasat oleh wartawan kami, akhirnya gadis itu, yang bukan sunti lagi, mengaku dia agak teruja sekali bila berada di sisi artis kacak itu, tetapi bukan kepada artis itu, sebaliknya kepada ayam masak kari yang sedang dimakan artis itu.

Ini pula kisah seorang artis veteran yang telah berjaya mengurangkan berat badan dengan mengamalkan memeluk daun pisang dan melekatkan daun pisang itu ke muka apabila berjumpa pokok pisang. Amalan ini sentiasa diamalkan oleh artis veteran ini, sungguhpun ditegar keras oleh para saintis kerana ia akan menimbulkan masaalah buang angin yang beralutan,



Gambar ini yang telah diambil oleh wartawan kami, menunjukkan artis yang terkenal ini melakukan perkara yang tidak disangka-sangka. Kerana marahkan sangat dengan daun-daun, beliau cuba berdialog setelah berkali-kali daun-daun itu tidak mengambil peduli. Setelah disoal siasat, artis itu berkata, daun-daun itu masih tidak mahu meminta maaf kepadanya sejak peristiwa skandal tahun lepas.


Artis wanita ini sekali lagi cuba mengoda, kali ini dengan seorang YB, bernama Datuk S. Dari raut wajah Datuk itu, beliau sedang berfikir jauh memikirkan, bukan terhadap artis wanita itu, tetapi sedang memikirkan resepi baru untuk memasak sayur-sayur yang dipegangnya itu. Artis wanita itu pula mengaku teruja sekali dengan lauk yang bakal dihidang oleh Datuk S.

Wartawan kami telah berjaya membongkar rahsia kisah
seorang artis yang sungguh kacak rupa-rupanya seorang gay.
Gambar yang ditangkap ini, di sebuah pub di kota singa,
menunjukan hubungan mesra mereka yang berjaya mereka
sembunyikan selama setahun. Kami mengharapkan pasangan ini insaf dan kembali ke pangkal jalan.

Sepasang lagi pasangan artis yang gay telah ditangkap oleh jabatan mencegah maksiat baru-baru ini. Mereka terpaksa mengaku mengenai hubungan mereka selama lima tahun itu setelah ditangkap berdua-duan di playground. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman sebat kepada mereka berdua, tapi
atas permintaan mereka, hukuman sebat itu akan dijalankan sesama mereka.



Untuk gosip-gosip artis yang terlanjur dan seterusnya, belilah edisi keluaran bulan Oktober, dijamin berpuas-hati. Tingkatkan prestasi, kurangkan controversi.

No comments: