Sunday, December 27, 2009

Pengalaman Mendaki Gunung Nasuha di tengah malam.

Definition of Night Trekking : "During night trekking you can enjoy the nocturnal beauty of the wildlife. To venture out of home and his natural surroundings to explore something new, a world that was unknown to you."

My version of Night Trekking : "Don't fall... Don't fall... Don't fall and... Please Don't fall."

Kami bermula night trekking pada pukul 10:30 malam. Guide kami adalah Hadi dan Jongko. Sebelum kami berjalan, Hadi menasihati kami "Bila di hutan, jangan bercakap besar dan kalau nampak benda-benda *ehem* jangan ditegur." Alamak, tertelan air-liur aku. Selepas tu kami, Wak Jaafar, Wak Kadir, Hakim, Khairul, Atiqa dan hang bermula lah berjalan menuju ke atas bukit. Mula-mulanya kami berjalan di jalan raya, lepas tu di atas jalan berpasir, lepas tu... eh.eh Jongko stop pulak tengah jalan, menunjuk kami jalan ke atas hutan. Sebenarnya guide kami berdua membawa torch light, tapi tu torch light dia orang aje pakai. Lagipun lampu suluh tak guna sangat untuk kita, pasal bila dia orang jalan, lampu dia orang suluh tu bersepah sepah, mengikut perjalanan mereka, so kita pun tak nampak sangat.

Bila mendaki semak samun tu, Jongko kat depan, khairul, hakim, atiqa, wak jaafar, wak kadir, me dan di belakang sekali Hadi. Aku dalam hati "Jangan lah dia orang ni jatuh, aku ni kat bawah, sekali dengan aku-aku sekali jatuh macam domino." Pendakian nak cakap susah jugak, pasal takde jalan yang clear, banyak semak dan batang-batang pokok. Aku pulak dengan selipar, rasa macam pakai roti perata kat kaki.... asyik nak tercabut aje.

Suasana hutan memang mengerunkan, gelap gelita dalam hutan tu. Sesekali tu adalah kelibat Mr.Posh.. Fatimah Rockers... aku boleh kira nampak 3 kelibat... tapi dia tak stay still, dia macam ada lepas tu hilang, sekejap aje. menampakan bentuk badan. Agaknya imaginasi aku, tapi dalam hutan macam gini memang ada jin-jin dan benda-benda halus ye tak. Tapi tak apa, asalkan dia orang tak kacau aku sudah. Lagipun aku bukan takut benda-benda ni, aku tengah concentrate tak nak jatuh... tu je. Tapi ada satu ketika tu, aku dengar si Hadi ni ketawa macam perempuan, halus dan betul-betul suara perempuan. Aku tak berani nak tengok belakang aku siapa. Aku ni actually seorang Skeptik.. tak percaya lansung cerita hantu-hantu, tapi bila dah terdengar sendiri... nak fikir apa pun dah tak tahu.... buat bodoh sudah... apa-apa pun semuanya ciptaan tuhan.

Anyway selepas meredah hutan, jalan atas pokok tumbang, tercucuk duri, calar kena ranting-ranting tajam, kami pun sampai ke puncak bukit Nasuha. Dia puncak tu ada sebuah batu yang besar betul. dan kami berehat di atasnya untuk seketika. Permandangan Bandar Muar dan Sungai Muar dapat dikelihatan, yang diselubungi mist. Kami pun berborak-borak diatas sambil melihat bintang-bintang di langit. Pokok-pokok yang tinggi menyelubungi bukit-bukit.

Setelah berehat, Hadi pun bertanya "Sekarang saya kasi pilihan, nak jalan senang biasa ke atau adventure?" Kami pun pada mulanya menjawab, jalan biasa ajelah, pasal dah penat. Tapi kita ingatkan, dia orang bawak jalan "Nasi Goreng Biasa", tapi jadinya "Nasi Goreng Belacan" pulak.

Mula-mulanya jalan kat kawasan lapang, yang aku rasa lagi gerun daripada dalam hutan, pasal kat kawasan lapang, boleh nampak pokok tinggi-tinggi, disekeliling. Kalau dalam hutan, gelap aje. Turun dari bukit lagi susah daripada naik. Merentasi sungai air terjun yang berlumpur macam quicksand, kena terjun jurang, berjalan belakang mini waterfall dan kena mendaki pakai tali. Bab mendaki pakai tali tu, aku dah rasa macam nak pengsan, bayangkanlah kena tari diri ke atas dengan badan yang boyak ni. Nafas bukan keluar kat mulut, keluar kat bontot lah.

Pada jam 12:30 malam kami pun sampailah kat Dorm, dengan rasa puas hati, dan lega tiada apa-apa perkara buruk menimpa. Alhamdullilah. Night Trekking adalah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan, apa lagi jika dilakukan dengan ahli keluarga sendiri... seronok, mengerunkan dan memenatkan.

No comments: