Friday, March 17, 2006

Tanjung Piai

Iman says "Kami bertolak ke Kukup dari pukul 10pagi. Kami sekeluarga bersama Wakdir, Mak Eton dan Kak Atiqa menuju kesana untuk menetap di Tanjung Piai. Di sinilah tempat penghujung dunia Asia, ia terletak paling bawah sekali terselatan. Tapi sebelum kita menetap di Tanjung Piai Resort, kami melawati bandar Kukup. Di sana terdapat banyak restaurant makanan laut, tapikan ada restaurant orang cina, so kita pun tak faham sangat mana kedai yang halal.

Wakdir ajak kita orang naik ferri ke Taman Negara di Pulau Kukup. Harga seorang cuma rm5 aje. Seronok jugaklah dapat naik feri, tapi tak jauh sangat dekat aje, 10 minit dah sampai ke pulau tu. Kat pulau tu kan, kita naik suspension bridge tinggi sekali. Kak Atiqa kelakarlah dia selalu nervous aje... hehehe macam Iman jugak. Kat pulau kita jalan dalam hutan, baguslah very educational. Bermacam pokok dan binatang kecil yang terdapat di situ.

Sampai kat tengah pulau, kita naik tower yang tinggi nya 6 tingkat. Di atas.. foooyoh!! luas kehijau-hijauan permandangan pokok-pokok di bawah. Kita tak penat tau, kita naik dengan Wakdir lepas tu dengan Abah pulak.

Setelah jalan sejauh 1.2km (600m pergi balik) kami tunggu ferri untuk membawa kita ke Kelong pulak. Wah seronoklah kat atas kelong tu, bermacam-macam ikan yang besar-besar yang mereka pelihara. Ada satu ikan tu berharga rm40 sekilo, dan beratnya adalah 3kg, bermakna harganya rm120. Puas tu kalau makan. Wakdir pegang anak Ikan Yu, kita takutlah pasal mulutnya sentiasa nak gigit orang. Mama dia suka kat kelong, dia cakap "the happiest time of her life!"...hehehe


Nadhirah says "Setelah penat kita berjalan-jalan dan ambik gambar di Pulau dan Kelong, feri tu membawa kita balik ke Kukup. Perut pun dah start bergelora, tekak pun dah haus, so kita makan kat restoran Zaiton Hussin. Kat sana kiri-kanan semua restoran. Tapikan kita makan nasi goreng aje, pasal tengah-hari selalunya kata tak makan banyak.

Kami menetap sehari semalam di Tanjung Piai Resort. Jauhnya kurang-kurang 9km dari Kukup. Chaletnya berada di atas lautan, kena jalan jembatan untuk ke bilik resort tu. Bilik kami bersebelahan dan dinding rumahnya kayu tipis, so kita main pekik-pekik dengan Kak Atiqa...hehehe. Di sini takdelah shopping centre atau kedai, jadi very peacefullah tempatnya. Permandangan laut luas kat depan, boleh nampak 3 negeri, Singapore, Malaysia dan Indonesia. Abah dia favourite tinggal tempat macam gini, pasal dia paling tak suka holiday tempat sibuk traffic atau tempat shopping.

Di Tanjung Piai pun ada Taman Negara jugak, dan disinilah tempat yang paling terbawah di Asia. Kena jalanlah untuk masuk dalam hutan, tapi kerana kita dah kepenatan sebelumnya dah jalan jauh kat Pulau Kukup, kami jalan ke Jeti aje. Wow!!! luas nya pantai lumpur kat situ. Bersih jugak takde sampah, dan terdapat banyak mudskipper kat pantai lumpur tu.

Juliana says "Pada malam harinya kita makan di Kukup lagi tapi tak sampai hujung. Kat situ kita makan sotong goreng, chap cai, ayam goreng... kena rm41. Kira ok jugaklah untuk kita anak beranak makan. Wakdir semua makan mee aje, tapikan lepas tu dia cari prata pulak. Sebelum masuk balik ke resort, nasib baik jumpa kedai roti chanai. Wakdir happylah, bungkus balik dan kita makan ramai-ramai kat chalet di bawah bulan mengambang. Tiupan angin fooooohhh punyalah sedap, kalau tidur kat luar ni syoklah.
Yati says " Esoknya kita makan prata lagi di Serkat (sebelum Kukup). Terimakasih Kaketon belanja kita makan. Kat situ semua kedai jual ikan, kalau kita nak barbeque di resort tu senanglah kita boleh beli barang-barang nya. Selepas makan kita balik resort. Semasa berjalan masuk, ada monyet kejar kita pasal juliana dan iman tengah pegang makanan. Atiqa dan budak-budak semua berlari elak dengan monyet tu. Si Iman kelakar seh lagi sikit masuk longkang pasal nak lari dari monyet....hehehehe. Sorry Iman, Mama tak boleh savekan Iman, pasal Mama pun penakut jugak, Abah pun macam nak cabut.

Lepas tu kita jalan tepi laut sejauh 3600km pergi ke Taman Negara. Sepanjang jalan tu ada jumpa ular, monyet, sungai dan pokok-pokok. Syok jugaklah dapat exercise dengan udara fresh tepi pantai. Tepi sepanjang perjalanan, ada banyak pokok dan daun yang kunang-kunang suka makan, kalau malam hari mesti jadi christmas tree bila firefly menyala.


3X says " Selepas checkout - kita pergi ke muzium bugis. Kat situ bermacam-macam information mengenai orang-orang bugis. Family tree foooh! complete set. Bukan bedek punya, semua official family tree, tapi I dan abang kadir tak jumpa pulak Pengulu Bachok dan Penghulu Sapir, keturunan lain kot. Dan kat situ pun ada banyak barang-barang antik yang digunakan oleh orang bugis. Dan juga ada benda tajam untuk sula orang, tak tahu pulak benda tu pernah digunakan.

Tanjung Piai ni untuk sesiapa yang suka dengan alam semulajadi.... Back to nature. So kalau sesiapa berminat untuk memancing, barbeque, bermalam di atas laut, kami sedia membawa ke sini. Rm80 = SGD35 aje untuk semalam, dan petrol rm20 dah boleh untuk pergi balik. Jangan expect shopping centres atau five star bilik, tu semua tak main, mana lagi nak dapat tidur atas laut.... priceless.

No comments: