
Puteri bersama kakak-kakak dan abang yang tersayang.
Puteri says"Hai kengkawan, kita sekarang dah umur 1 bulan. Kita bersyukur telah dilahirkan dengan selamat, dan ingin berterimakasih dengan Mama kerana membesarkan Puteri dalam perut selama 37 minggu, dan meneran 10 jam untuk keluarkan Puteri. Tapi bila Puteri keluar dan balik rumah, tak nampak abang dan kakak-kakak, dengar-dengar dia orang kena chicken pox so dia orang balik kampung kat Ayer Hitam. Lepas tu pulak Kakak Nadhirah... Syukur semua-nya dah sembuh, dan syukur juga Puteri tak kena gigit ayam.
Sekarang ni kan, Puteri asyik ikut abang-kakak, mama dan abah pergi Johor aje. Sejak lahir sampai sekarang dah macam-macam hotel kat Johor tu kita duduk. Lepas tu kan, dah macam-macam rumah kita pergi, kat Nusa Indah, Nusa Idaman, Nusa Bestari, Horizon Hills, Bukit Indah, Taman Setia Indah, Taman Seri Austin... Puteri tidur aje bila dalam kereta, dan bila kena dukung sana sini. Tapi kan bila kat rumah atau sampai rumah aje, Puteri asyik menangis aje, tak syoklah kalau tak jalan-jalan, boring dalam bilik.... hehehe.
Oklah Puteri nak tidur, dah ngantuk... bye...

Kakak Puteri, Nadhirah
About me:
"Nama saya Puteri bte Md.Rizal. Orang selalu tanya kenapa Puteri? Saya ni kerabat diraja ke? Sebenarnya Abah saya yang letak nama tu sebab dia suka tengok cerita dulu-dulu. Saya tak kisah orang nak panggil saya Puteri ke, baby ke, adik ke, saya tak kisah. Orang cakap hidup cuma sekali...so kita enjoooyyyy......."





3X says "Di kampung, ada seorang budak nakal yang nama-nya Ajis. Dia ni macam gangster kampung dusun, selalunya dia akan bersama dengan 3 orang gangnya dan dia adalah ketua. Dia orang ni pergi kelas agama bersama aku kat Masjid Laut tiap-tiap malam Sabtu, dan selalu buat kacau. Dan kerana aku paling pendiam, dia orang ni selalu target aku. Pada satu malam tu, aku tengah duduk dalam masjid menunggu class nak start, tiba-tiba 2 budak-budak ni, satu Ajis dan gang dia, bergolek bergaduh dalam masijd, depan mimbar. Aku tengokkan aje, tak kuasa nak tegur atau buat apa-apa. Dah puas dia orang bertumbuk, tendang terajang Ajis pun lari keluar. Dia kembali dengan separuh botol kaca, yang aku boleh dengar dia pecahkan. Aku pun dah tak boleh handle lalu aku terus lari keluar. Selang berapa minit, si lawan Ajis tu keluar dengan badan muka dia dah luka dan berdarah. Mereka pun berlari keluar tak kembali.