3X says "....Di depan rumah pula, adalah rumah keluarga Imah, kawan baik kakak aku. Halaman rumah dia pun besar jugak, dan mereka mandi kat perigi di rumah tu. Pada satu hari, waktu pagi, aku ikut mak ke rumah Imah, dan biasalah sebagai budak-budak, aku pun tak tahu duduk diam. Mak dan mak imah berbual di dapur, sambil aku turun naik tangga, pergi hall, masuk bilik tidur, explorer satu rumah. Aku pun masuk kat satu bilik tidur, yang ada 2 katil, aku tak tahu siapa tidur kat situ. Aku masuk lalu baring kat satu katil. Sambil aku baring, ada seorang budak perempuan, yang umurnya aku rasa muda sikit daripada aku, masuk kat dalam bilik tu. Dia tak berkata-kata, cuma diri aje depan aku. Aku pulak takde rasa takut atau apa-apa. Dia diri aje tercegat kat depan aku. Selepas tu aku pun turun ke dapur, dan cakap dengan mak, "Mak tadi ada budak perempuan kat atas, dia tengok ijal aje". Mendengar aku cakap begitu, orang-orang tua kat meja semua terdiam. Lalu mak mendukung aku, dan kami pun beredar untuk pulang...."
....dah nak masuk 10 page....
No comments:
Post a Comment