Sunday, May 31, 2009
Brother and Sisters
Puteri bersama kakak-kakak dan abang yang tersayang.
Puteri says"Hai kengkawan, kita sekarang dah umur 1 bulan. Kita bersyukur telah dilahirkan dengan selamat, dan ingin berterimakasih dengan Mama kerana membesarkan Puteri dalam perut selama 37 minggu, dan meneran 10 jam untuk keluarkan Puteri. Tapi bila Puteri keluar dan balik rumah, tak nampak abang dan kakak-kakak, dengar-dengar dia orang kena chicken pox so dia orang balik kampung kat Ayer Hitam. Lepas tu pulak Kakak Nadhirah... Syukur semua-nya dah sembuh, dan syukur juga Puteri tak kena gigit ayam.
Sekarang ni kan, Puteri asyik ikut abang-kakak, mama dan abah pergi Johor aje. Sejak lahir sampai sekarang dah macam-macam hotel kat Johor tu kita duduk. Lepas tu kan, dah macam-macam rumah kita pergi, kat Nusa Indah, Nusa Idaman, Nusa Bestari, Horizon Hills, Bukit Indah, Taman Setia Indah, Taman Seri Austin... Puteri tidur aje bila dalam kereta, dan bila kena dukung sana sini. Tapi kan bila kat rumah atau sampai rumah aje, Puteri asyik menangis aje, tak syoklah kalau tak jalan-jalan, boring dalam bilik.... hehehe.
Oklah Puteri nak tidur, dah ngantuk... bye...
Kakak Puteri, Nadhirah
About me:
"Nama saya Puteri bte Md.Rizal. Orang selalu tanya kenapa Puteri? Saya ni kerabat diraja ke? Sebenarnya Abah saya yang letak nama tu sebab dia suka tengok cerita dulu-dulu. Saya tak kisah orang nak panggil saya Puteri ke, baby ke, adik ke, saya tak kisah. Orang cakap hidup cuma sekali...so kita enjoooyyyy......."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment