3X says "Di kampung, ada seorang budak nakal yang nama-nya Ajis. Dia ni macam gangster kampung dusun, selalunya dia akan bersama dengan 3 orang gangnya dan dia adalah ketua. Dia orang ni pergi kelas agama bersama aku kat Masjid Laut tiap-tiap malam Sabtu, dan selalu buat kacau. Dan kerana aku paling pendiam, dia orang ni selalu target aku. Pada satu malam tu, aku tengah duduk dalam masjid menunggu class nak start, tiba-tiba 2 budak-budak ni, satu Ajis dan gang dia, bergolek bergaduh dalam masijd, depan mimbar. Aku tengokkan aje, tak kuasa nak tegur atau buat apa-apa. Dah puas dia orang bertumbuk, tendang terajang Ajis pun lari keluar. Dia kembali dengan separuh botol kaca, yang aku boleh dengar dia pecahkan. Aku pun dah tak boleh handle lalu aku terus lari keluar. Selang berapa minit, si lawan Ajis tu keluar dengan badan muka dia dah luka dan berdarah. Mereka pun berlari keluar tak kembali.
Selepas kelas tamat, aku pun nak pulang, tapi sampai kat gate, aku terdengar si Ajis pekik "Eh Kau ada bilang Ustazah kita bergaduh ??!!!". Aku tak jawab lansung, lalu lari pulang. Sampai pertengahan perjalanan, aku terjumpa si lawan Ajis yang berbasikal. Aku tengok rupa wajahnya memang dia dah nak terkam aku, si Ajis pulak berlari dari belakang aku, rupa-rupanya dia orang dah kawan balik, lepas tu cari mangsa. Aku pun lari lintang pukang berlainan arah mereka, dan kerana kawasan kampung ni gelap bila malam, aku dapat elakan mereka, dan bersembunyi di dalam peti ais yang rosak. Bayangkanlah pukul sepuluh malam, dalam gelap, aku sembunyi dalam peti ais yang lagi gelap. Selepas 10 minit, aku pun berlari pulang ke rumah.
Sejak hari tu, bila aku nampak mereka kat kampung, aku akan elak kan diri. Mereka sebenarnya suka steam gam bersama-sama, dan aku pernah nampak dia orang sedang menghidu gam dalam plastic kat belakang masjid.
Beberapa tahun lepas, aku terjumpa si Ajis kat Tampines Interchange, sedang menuggu bas. Saiz badan dia dan rupa wajahnya tak lari lansung, sama aje. "Eh Ajis, Apa khabar kau sekarang?" aku menyapa dia. Mula-mula dia tak kenal aku, "Eh kau dulu tinggal Bedok kampung kan?", dia tanya aku kembali. "Ye lah, aku dulu kau kejar lepas belajar agama, kau ingat tak?". "Aku tak ingat... Eh kau ni makin gempal lah... betul aku tak ingat masa kat kampung dulu". Yang kelakarnya, selepas dia cakap gitu, dia terus pusing dan terus berjalan, tak senyum tak beri salam, macam orang nak cabut. Berkata aku dalam hati... aku bukan nak bantai kau.
(banyak sangat nak cerita, tak tahu bila boleh habis)
No comments:
Post a Comment